Saya menuliskan novel ini apabila mendapat tahu satu khabar angin di sekitar bulan September 1997 mengenai Cik Siti Nurhaliza mempunyai kaitan cinta dengan vokalis Kumpulan May iaitu Wan Oney May. Sememangnya berita khabar angin ini sukar dipercayai tetapi saya percaya tentu berlaku kesilapan identiti dan juga pertindanan fakta di antara kedua mereka. Apa yang dapat saya simpulkan adalah ianya satu misteri!
Manuskrip pertama edisi novelet berjaya disiapkan pada hari Natal tahun 1997 dan telehpun dihantar kepada beberapa produser dalam tempoh 6 bulan kemudian seperti Skop Production melalui Aimi Jarr, HVD Production dan Grand Brilliance tetapi tidak ada respon. Kemungkinan kegawatan ekonomi ketika itu memalapkan harapan idea cerita ini untuk diketengahkan. Tetapi bermula Januari 2004, edisi novelet cerita ini dikemaskinikan semula bersama pra-skrip untuk panduan penulisan skrip penuh.
Keseluruhan manuskrip ini dapat disiapkan semula sebelum Ogos 2004 dan diharapkan ianya dapat direalisasikan menjadi filem penuh atau sekurang-kurangnya... mini siri vcd... kalaulah senarai watak cadangan asal dapat menjadi kenyataan... ianya merupakan hadiah terindah dalam hidup saya... impian saya untuk mengabadikan wajah-wajah kenangan era 1990an.... segeralah sebelum hero dan heroinku... menjadi tua dan tidak popular lagi..... takkan terpaksa ku tunggu 2008, sempena 10 tahun idea dilahirkan...
dot... dot.... dot....
Daripada - Ramirah Rina Rasheed
No comments:
Post a Comment