Monday, July 4, 2011

RAMIRAHRINA JULAI 2011




Nombor telefonku :

01116 94 98 90

dah boleh whatsapp , wechat 
kakaotalk telegram n line

send pix hensem u yerr... aauuuww !!!

e-mail : ramirahrina@gmail.com 

Visitor Counting start 28may2013
 Free Hit Counter


Free Hit Counter
id Youtube , YM skype, myspace , fbok, PRomeo : Ramirahrina
tagged.com/petrinarasheed
Selamat Datang Ke Laman Web Bergambarku
Ramirahrina @ Rina Karina Kova, Kuala Terengganu, Malaysia.





Selamat Datang Ke Laman Web Bergambarku
Ramirahrina @ Rina Karina Kova, Kuala Terengganu, Malaysia.


atau NyahRinaKT , KarinaAuuwKT , RinaAuuwKT, RinaAuw1973, RinaKTauuw , Rinakarinahelmet ,Petrina Albadu, Cipetrina, PettyLarro, PettiBad, 
di MirC Dalnet.

Untuk semua rakan kenalan internet [ via Manjam, Adultfriendfinder , mirc etc ke... ]
Boleh bermalam percuma di rumah saya tetapi bagi tempoh terhad 

antara 12pm ke 8 am [ kecuali Rabu n Khamis  ]
kecuali jumaat n ahad adeflat awal sikit lepas 5petang yerr
sebab saya bekerja di waktu lain dan terhad utk seorang dua sahaja.... 

maka kalau ada yang dtg melawat atau melancong ke Kuala Terengganu 
mesejlah tepon saya, rumah saya cuma flat biasa sahaja dlm bandar KT ni dan cuma berjarak jalan kaki dari stesen bas ekspres jika kenalan travel dgn bas sahaja.


Kawan-kawan saya......







Produk untuk abang2 yang dah kawin... keras n tahan lama.... auuww





KEPADA BOY YANG TUKANG KUTUK TU......
DIRIKU SEDARI YANG DIRIKU NYAH YANG HODOH JER... TAPI ADAKAH U HENSEM SANGAT KER.... KIKIKIKIKI.... SAMPAI KE HARI DOK MAIN IRC... MAKWE TAKDER.... TENGOK MUKA U KAT CERMIN TU..... SEBELUM NAK KUTUK NYAH RINA TAUU..... SEDAR DIRI SKITT......

Impianku... mencari jejaka 

adik angkat istimewa n 
abang angkat istimewa

Maklumat peribadi;
Tarikh lahir 23-12-1973
Capricorn
Kerja sebagai pembantu front-office sebuah hotel kecil di Kuala Terengganu

Moto:
Auuuu.... saya nyah tau tapi i tidak rela dirogol tauuu!!!

Sunday, January 17, 2010

Dunia Ramirahrina de Chipeta....link2...

Catatan Jalan Santai RamirahRina di www.berjalansantai.blogspot.com

Bacalah novelku ;

Korban Cinta / Aku Cinta Padamu Projek 1997 / Dilema Diantara Han dan Wan ......di www.hanwansiti.blogspot.com

Praskripnya boleh dibaca di www.hanwanpraskrip.blogspot.com

Epik Mesir Purba...... Puteri dari utara, putera dari selatan di..... www.puteridariutara.blogspot.com

Wednesday, August 12, 2009

Bab 06 : Puteri 06 end

puteri6
Keesokkan harinya, waktu petang seperti biasa berlangsung acara pertarungan kuda bota dengan manusia, rakyat jelata begitu teruja kerana telah diwawarkan ke segenap ceruk kota yang mana perlawanan kali ini adalah pertarungan kuda bota melawan Panglima Kedua Negara yang cuba menodai puteri raja Firaun.

Semua keluarga firaun sudah mengambil tempat masing-masing di pentas diraja. Ramirah pun turut hadir dalam keterpaksaan. Memanda menteri pun membacakan kesalahan yang ditohmahkan itu dan hukuman adalah berjuang sehingga mati melawan kuda bota. Setelah sudah menteri membacakan hukuman, raja firaun pun mengetuk gong besar menanda bermula perlawanan kejam itu.
Buat permulaan, lima ekor kuda bota kelas rendah iaitu yang masih kecil belum matang dilepaskan oleh pengawal. Zaman cuma dibekalkan dengan sebatang besi panjang untuk mempertahankan diri. Zaman berjaya membunuh kesemua kuda bota yang masih belum dapat mengeluarkan asap dan api. Rakyat jelata mula bersorak riang dengan kemenangan awal itu. Kemudian tiga ekor bota peringkat pertengahan dilepaskan, kali ini mereka lebih licik dan sudah mampu mengeluarkan asap dihidung beserta menunjukkan taring bagaikan singa kelaparan. Zaman tetap dapat membunuh ketiga binatang itu walaupun begitu sukar sekali. Hadirin bertambah ramai menyokong Zaman dengan menyorak nama Zaman membuat Ratu Ravez kegelisahan dan dia cuba menghasut Raja Firaun untuk melepaskan bota dewasa yang paling ganas.

Maka itu, seekor bota dewasa yang kelaparan darah manusia dilepaskan untuk membunuh Zaman. Puteri Ramirah tidak tertahan perasaan gusarnya mengharapkan rancangan melepaskan diri abangnya itu berjaya. Pertarungan itu teramat sengit dan sukar bagi Zaman untuk bertahan. Bota itu ternyata amat licik dan ganas sempat melepaskan hembusan api beberapa kali ke arah Zaman. Zaman mengalami beberapa kecederaan terkena panahan api berbisa makhluk bota itu, dia mengalami kesakitan yg teramat.

Vaspara melepaskan kuda putih apabila semua hadirin begitu leka dan teruja dengan perlawanan memuncak itu. Kehadiran kuda sakti itu mengejutkan rakyat jelata dan kaum kerabat diraja Firaun tentunya. Dengan pantas kuda putih menanduk badan burung bota menyebabkan makhluk buas itu mengerang sakit lantas rebah dengan sendirinya. Kesan tandukan itu hanya bersifat sementara kerana Vaspara telah meletakkan air jampi sakti yang hanya mampu melemahkan makhluk jahat untuk seberapa ketika.

Dalam pada burung bota berada dalam keadaan lemah dan hadirin masih terpinga-pinga, Zaman bersegera menaiki kudanya itu lantas terbang tinggi di udara. Ramirah menjerit-jerit memanggil Zaman,"Kanda! Kanda Zaman!...."

Zaman bersegera pergi mengambil adindanya Puteri Ramirah di pentas diraja. Raja Adex masih tergamam kerana dia pernah melihat kuda 25 tahun dahulu ketika cubaan membunuh kekandanya Raja Ramirez. Manakala pegawai-pegawai istana berada jauh dari pentas diraja terpaksa bergerak jauh menuju pentas diraja. Ravez dan Khados menjadi risau jika Zaman terus terlepas kerana bimbang rahsia rancangan jahat mereka akan terbongkar.
"Bagaimana kanda, panglima bedebah itu telah lari membawa tuan puteri tuanku?" Tanya Ravez
"Apa-apa?" Kata Adex seakan baru tersedar dari lamunan panjangnya.
"Izinkan anakanda mengejar mereka berdua..." Minta izin Khados, para pegawai sudah berkumpul untuk menerima arahan diraja.
"Jangan... Jangan... Biarkan-biarkan sahaja mereka... " Titah Adex mengejutkan semua.

Manakala dua beradik berdarah raja selatan terus terbang laju ke selatan. Puteri Ramirah terus memeluk erat tubuh kekandanya walaupun cedera dan berdarah. Mereka pun sampai ke Bukit Raul tatkala Vaspara sudah pun bersedia menanti kehadiran mereka dengan persediaan perubatan berada di gua persembunyian.

Tanpa berlengah, Zaman yang tercedera itu segera diubatkan, Ramirah sendiri yang membubuh ubat pada badan abang kandungnya itu.
"Aduh sakitnya..." Keluh Zaman apabila ubat itu mengena tempat luka yang dalam.
"Sabar-sabar dan tahan-tahanlah... Api dan cakar makhluk bota itu memang berbisa... Boleh membawa maut kepada orang sembarangan..."
"Ayahanda Vaspara... Bagaimana caranya untuk kita menghapuskan pasukan burung bota itu?"
"Hanya kesatria pergunungan putih ilmu tertinggi sahaja yang tahu... Tapi kesemua mereka telah mati ketika serangan tentera hikzos dahulu... Termasuklah ayahanda kamu... Ya... Ya... Kamu masih mempunyai peluang untuk menemui roh ayahanda kamu di Tasik Putih...."
"Bagaimana pula dengan tentera firaun yang ramai itu?" Tanya Ramirah kegusaran.
"Ayahanda akan cuba dapat sokongan rakyat jelata untuk menentang tentera firaun itu... Kamu janganlah risau..."

Keesokkan harinya, Zaman dan Ramirah menunggang dua ekor kuda terbang ke Tasik Putih manakala Vaspara berkuda ke Desa Medani terus ke kediaman ayah angkat Zaman, Penghulu Tata. "Apakah gerangan tujuan Tuan Guru Vaspara ke sini?... Hamba ada mendengar khabar tuan guru mengembara ke Khatunex... bagaimana keadaan si Zaman tu, tuan guru?" Isteri penghulu pun ada sama.
"Perkhabaran berita tak baik Datuk Penghulu Tata.... Putera Zaman telah difitnah jahat dikata cuba menodai Puteri Ramirah... Zaman telah ditangkap oleh Raja Firaun... "
"Apa...itu tidak benar, Zaman seorang pemuda Nubia yang jujur dan baik, tidak pernah hamba ajar untuk bersikap serakah nafsu... "
"Memang Zaman di pihak yang benar, beliau telah difitnah oleh ibu tiri tuan puteri Ratu Ravez berserta Putera Khados..."
"Mengapakah mereka sanggup buat begitu kepada anakanda hamba?..."
"Zaman telah tahu siapa dalang yang merancang pemberontakan di Kaguwas... Dia adalah Khados... Putera mahkota firaun sendiri..."
"Siapa sangka, begitu gerangannya... Zaman perlu dibantu... Hamba akan kerahkan semua pahlawan dan hulubalang di rantau Nubia untuk menolong Zaman... Tetapi kenapa Tuan Guru menyebut nama Putera Zaman tadi?" Pertanyaan Tata itu menyebabkan Vaspara berterus-terang tentang siapa sebenarnya putera raja itu.

Manakala Zaman dan Ramirah sudahpun tiba di kawasan Tasik Putih yang menjadi punca air utama Sungai Nil Putih, terdapat satu air terjun yang besar diantara permulaan Sungai Nil Putih dan tasik itu, ianya sungguh cantik sekali manakala tasik itu sangat luas seumpama lautan kecil yang dikelilingi oleh pergunungan bersalji yang indah.

Mereka menghampiri punca air terjun dimana terletaknya satu bangunan menara lama seolah terbiar sepi. Ramirah mengimbau ingatan lama dimana dia pernah ke tempat itu semasa dia kecil dahulu. Hari pun sudah senja nan merah. Mereka turun dari tungganan kuda yang mendarat di depan pintu utama menara itu.
"Inilah bangunan makam bonda kita, kanda Zaman... Makcik Maltinar yang menjaga tempat ini..." Kata Ramirah sementara Zaman mengetuk untai-untai besi di pintu utama yang kian reput.

Setelah beberapa kali mengetuk dengan kuat, barulah pintu perlahan-lahan dibuka. Hari sudah awal malam. Bila pintu terbuka, kelihatan seorang wanita tua yang memegang jamung api. Ramirah amat mengenali wanita tua itu lantas memanggilnya, "Makcik Maltinar..." Lalu mereka berpelukan melepaskan rindu.
"Ramirah... Kamu datang kembali akhirnya... Syukurlah kepada Tuhan Amon yang agung..."
"Makcik... Ini adalah kekanda Ramirah..."
"Ramieza... Kamukah itu..." Kejut Maltinar sambil Zaman mencium tangan bekas inang pengasuhnya semenjak dia dari bayi lagi.
"Iya, makcik... Tapi saya dikenal sebagai Zaman oleh keluarga angkat Nubia saya..."
"Oohh Zaman ya... Itulah kali terakhir makcik melihat kamu adalah ketika ayahanda kamu cuba melarikan kamu dari serangan tentera Adex bersama-sama Pakcik Vaspara kamu... Iyalah kamu berusia dua tahun ketika itu... Dan kamu Ramirah... Masih dalam kandungan bonda kamu beberapa minggu..."

Sambil itu mereka berjalan menaiki menara yang tinggi itu. Bila sampai di puncak, Maltinar menyalakan jamung-jamung dinding yang ada di situ menjadikan suasana terang. Kelihatan sebuah keranda kaca di tengah-tengah, jelas kelihatan mumia bonda mereka yang tidak langsung terusik. "Tugas makcik hanya setakat ini sahaja..."

Maltinar meninggalkan dua beradik itu di kamar itu. "Mari kita mulakan, adikku..." Seru Zaman.
"Baik kanda..." Sambil keduanya mengeluarkan kristal piramid kecil kepunyaan mereka lalu mereka cantumkan di kedudukan tapaknya lantas secara magis ia mengeluarkan cahaya merah. Zaman segera meletakkan cantuman itu di satu tongkat besi yang sedia terpacak di tengah kamar itu.


Puteri_06 last part

Dayang Maltina yang berada di tingkat bawah khusyuk berdoa agar dua beradik itu berjaya menemui semula kedua roh ayahanda dan bonda mereka untuk kali terakhir dalam hidup mereka. Pancaran kristal berubah daripada merah kepada putih berkilau sehinggakan terserlah pancaran itu menerangi sekitar menara lama itu. Puteri Ramirah memeluk erat tubuh kekandanya kerana ketakutan akan perkara yang tidak pasti. Manakala sekitar luar menara, cuaca berubah menjadi sangat berangin dan awan berkumpul tebal seolah ribut bakal melanda alam. Air Tasik Putih berkocak dan berombak kencang angkara tiupan angin yang kuat itu.

Dalam kekilauan cahaya putih, akhirnya muncul dua jasad berpakaian serba putih. Mereka itu adalah jelmaan roh Raja Ramirez dan Puteri Saltinar.
"Wahai anakanda Putera Ramieza dan Puteri Ramirah...." Seru roh Raja Ramirez.
"Iya ayahanda..." Sahut Ramirah dan Zaman.
"Kamu berdua adalah waris tahta yang sah Kerajaan Mesir yang sejati. Kamu berhak ke atas warisan tahta peninggalan ayahanda dimana nenda kamu, Raja Firdaus telah berjaya menawan semula tahta Kerajaan Mesir Utara daripada Raja Romotex yang bukannya waris kerajaan Mesir yang sah. Keturunan Raja Romotex itu adalah asalnya daripada keturunan Gabenor Memphis yang telah mengkhianati amanah kuasa raja firaun moyang kepada moyang kamu kira-kira 600 tahun dahulu. Walaupun nenda kamu berjaya mengalahkan Raja Romotex, nenda kamu masih memberi peluang belas ikhsan untuk keturunan Raja Romotex terus hidup. Dan ketika bapa saudara kamu, Raja Adex berguruan di Lembah Merah... Romotex berjaya meracuni pemikiran bapa saudara kamu itu sehingga sanggup merampas tahta nenda kamu dengan membunuh dengan kejam nenda kamu dan ayahanda juga....."
"Saya berjanji ayahanda untuk mendapatkan semula tahta kami..." Kata Zaman penuh keazaman.
".....tentang bagaimana untuk menghapuskan pasukan kuda bota itu... kamu ambillah pedang sakti Pergunungan Salji itu.... berikan ia kepada Pakcik Vasparar kamu.... pesankan kepada dia untuk mencari dan membunuh makhluk pembela bota itu...." Serentak satu pedang keluar dari keranda mumia bonda mereka, rupa-rupanya tempat itu menyimpan satu senjata sakti untuk kegunaan di masa hadapan.
"Baik ayahanda...." Sanggup Zaman. Mereka berempat beranak itu saling berpelukan untuk melepas rindu selepas sekian lama.
"Saya tak nak terpisah lagi dengan bonda... ayahanda...." Kata sedih Ramirah.
"Bersabarlah puteriku.... kita akan berjumpa semula di alam yang kedua nanti... teruskan kehidupan kamu... binalah Mesir yang lebih gemilang dan agung...." Kata Saltinar
"Pengorbanan kami adalah untuk kamu....." Kata akhir Raja Ramirez lantas ghaib dan cahaya berkilau hilang serentak meninggalkan dua beradik itu sahaja.

Manakala di Khatunex di malam itu, pasukan hulubalang-hulubalang di semua kampung sekitar rantau Nubia telahpun sampai di Pelabuhan Sungai Bandar Khatunex itu. Terdapat beratus-ratus kapal kecil yang tiba membawa bantuan ketenteraan termasuklah rombongan daripada Desa Medani yang mengetuai gerombolan itu. Mereka semua sudah bersedia untuk menerima sebarang arahan. Manakala Vaspara dan Penghulu Tata sudah berada di Istana Gabenor untuk menemui Orang Kaya Watta. Orang Kaya kelihatan gusar dan cemas,"Kenapakah kamu Tata mahu lakukan begini? Ini adalah suatu tindakan yang bodoh dan tak masuk akal sama sekali... kamu tahu berapa ramaikah tentera diraja Mesir Utara.... seratus kali lebih ramai dari semua hulubalang di selatan ini...."
"Tapi aku sudah tidak boleh bertahan lagi jika anak angkat aku telah dianiaya sewenang-wenangnya.... wahai sahabat lamaku,Watta."
"Aku tahu itu Tata... banyak-banyakkan bersabar... bagaimana pula pendapat Tuan Guru Vaspara?"
"Zaman perlu diselamatkan walau bagaimana cara sekalipun... jika tidak Mesir Agung tidak akan mempunyai waris tahta yang sebenar untuk selama-lamanya...."
"Apa kata kamu Tuan Guru Vaspara... saya tidak mengerti...?" Tanya hairan Orang Kaya Watta dengan kenyataan itu, turut sama Penghulu Tata pun berasa hairan.
"Zaman itu sebenarnya adalah Putera Ramieza, putera sulung kepada Raja Ramirez, Raja Thebes kita yang dulu...." Terus-terang Vaspara menyebabkan kedua pembesar itu terbelalak mata terkejut.

Malamnya itu juga, seluruh gerombolan hulubalang Mesir Selatan dikerah belayar ke utara meninggalkan hanya warga tua, wanita dan kanak-kanak di bandar kota itu. Keesokkan paginya pula, Ramirah dan abangnya terbang sampai ke Bandar Khatunex yang teramat lengang dari kebiasaannya. Di istana mereka disambut dengan kegembiraan oleh kakitangan istana yang masih tinggal dan dimaklumkan bahawa pasukan ketenteraan Mesir Selatan sudah berangkat ke utara. Mereka terus berangkat ke utara untuk menemui angkatan itu. Mereka menemui angkatan itu di Bandar Thebes Lama dimana pasukan itu berhenti rehat mengumpul tenaga.

Ketibaan Zaman dan Ramirah itu disorak gembira oleh Orang Kaya Watta, Penghulu Tata, Vaspara dan sekalian hamba rakyat dalam angkatan perang itu. Orang Kaya Watta sebagai gabenor menyorakkan, "Daulat tuanku..." Beberapa kali dengan disahut oleh rakyat Mesir Selatan dengan bangga dan megahnya. Rakan-rakan seperguruan Zaman pun turut hadir memberikan sembah diraja sebagai menghormatinya. Kemudian diadakan mesyuarat ketenteraan peringkat tertinggi dimana mereka sebulat suara menukar agenda penyelamatan Zaman kepada usaha mengembalikan semula tahta waris Firaun Mesir yang sah. Zaman menyerahkan pedang sakti kepada Vaspara seperti yang dititah oleh roh ayahandanya semalam.

Vaspara bersegera terbang dengan kuda saktinya ke arah timur ke Lembah Merah. Ramirah ditinggalkan di Kota Thebes itu demi keselamatannya. Zaman pula mengambil-alih angkatan dengan mengeluarkan perintah mara ke utara dengan kapal-kapal angkatan perang. Mereka secara senyap sampai di Pelabuhan Kota Penjara Memphis lalu melancarkan serangan kepada pengawal penjara dan melepaskan beribu-ribu tahanan politik dan penentang Firaun Adex yang kejam itu. Manakala ketika itu, Vaspara sudahpun sampai di Gua Pergunungan Hitam yang menjadi tempat tinggal penjaga makhluk bota itu. Vaspara menyeru nama penunggu gua itu lalu ia muncul maka berlaku beberapa pertimbungan sengit diantara mereka.

Semua banduan memberikan taat setia sepenuhnya kepada Zaman sebagai Putera Raja Thebes yang sah dan sukarela untuk berjuang bermati-matian menumbangkan Kerajaan Mesir Utara. Seorang dari saki baki pengawal penjara yang berjaya melepaskan diri dari serangan itu bersegera untuk mengadap firaun memberitahu serangan hendap itu. Raja Adex bersegera murka lalu menitahkan semua bala tentera di Kota Memphis berkumpul di Dataran Istana Agung termasuklah 200 ahli pasukan berkuda burung Bota yang ganas itu dan gerombolan 12 ribu askar biasa.

Pada malam itu juga, dataran sudah pun dipenuhi angkatan tentera seperti yang dititahkan raja. Raja Firaun Adex sedang menyampaikan amanat diraja. Manakala di Pergunungan Hitam, Vaspara berjaya membunuh penunggu itu dengan menggunakan pedang sakti itu, makhluk itu mati dan terbakar dengan sendiri. Sebelum habis Adex menitahkan, "Serang mereka..." Pasukan burung Bota itu tiba-tiba mengelupur dan menganas menggila dengan memakan penunggangnya sendiri dan mengeluarkan api menyembur kepada pasukan tentera biasa. Keadaan menjadi kelam-kabut dengan kebakaran Istana dan kematian hampir separuh tentera itu. Kemudian burung-burung Bota itu terbakar dengan sendiri akhirnya. Tentera yang masih tinggal bertempiaran lari ketakutan. Raja Adex mulai goyah kerana punca segala kekuatan dan kuasa selama itu telah terhapus, " Tidak...tidak... makhluk penunggu telah dibunuh orang...."

Khados yang ada cuba menenangkan ayahandanya dan menyatakan bahawa dirinya sudah cukup kuat dan bersedia untuk melawan musuh. Manakala pasukan tentera yang bertempiaran lari keluar tadi memasuki semula ke Dataran Istana dengan kepanikan kerana angkatan tentera Mesir Selatan telah pun sampai dan sedang mengepung kedudukan istana firaun itu. Khados mengarahkan tenteranya untuk menyerang balas namun pasukan tentera Thebes itu kini dibantu oleh ribuan banduan-banduan raja beserta ribuan lagi hamba rakyat jelata yang tidak berpuas hati. Akhirnya Zaman mendapat peluang untuk bersemuka dengan bapa saudaranya yang kejam itu. Manakala rakan-rakan Zaman mengepung dan menyerang Khados dan pengawalnya. Setelah bertembungan yang sengit, akhirnya Zaman mendapat peluang untuk membunuh raja firaun tua itu. "Walaupun tuanku adalah ayahanda saudara beta sendiri, kekejaman tuanku membunuh nenda dan ayahanda beta memang tidak boleh dimaafkan...." Lalu Zaman menghunus pedang membunuh raja yang kejam itu.

Di Kuil Agung, Vaspara sudah pun sampai untuk membalas dengan ke atas kematian ayahandanya yang pernah menjadi Paderi Agung Mesir. Vaspara bersegera ke Dewan Kuil Utama untuk menemui Romotex. Romotex ketika itu sudahpun tidak berkeruan sebaik sahaja berita pasukan burung Bota musnah diterima. Manakala Ratu Raves bersembunyi di bilik rahsia di dalam kawasan kuil itu juga. Tanpa sebarang simpati, Vaspara terus membunuh Romotex yang ketawa mengilai.... "Demi Mesir Agung, kamu tidak layak untuk hidup di bumi Mesir ini, Raja Romotex yang hina..."

Akhirnya Zaman berlawan pula dengan Khados


Semboyan kemenangan ditiup dengan menggunakan gading gajah Mesir saling bersahutan hingga ke pelosok Negara Mesir yang baru. Ratu Raves menerima berita itu dengan mencium ular tedung berbisa lalu mati dipatuk.

Akhirnya hari baru di Kuil Agung, Vaspara telah pun menjadi Paderi Agung mejalankan upacara pertabalan Firaun yang baru bersama Permaisuri yang baru, oleh kerana Zaman belum beristeri, secara automatik Ramirah sebagai adik memegang gelaran Permaisuri Mesir. Upacara gilang-gemilang itu disaksikan oleh Maltina, Penghulu Tata serta isteri, Orang Kaya Watta, rakan-rakan seperguruan Zaman, orang kampung Desa Medani dan memanda menteri yang setia dengan Kerajaan Thebes Lama. Selesai adat-istiadat, mereka beramai melaungkan, "Keagungan Mesir di bawah naungan Tuanku Firaun!!..."

Malamnya, diadakan keraian besar-besaran di semua bandar kota seperti Memphis, Thebes dan Khatunex. Tembakan meriam berapi menerangi langit Negara Mesir yang baru. Rakyat jelata semua kegembiraan menyambut era baru yang lebih gemilang. Di Jamuan Diraja di Istana Agung itu, Ramirah berkesempatan untuk menemukan abangnya dengan dayang pengiringnya di Bandar Khatunex dulu yang juga merupakan anak Orang Kaya Watta juga iaitu Vinnia. Zaman kelihatan terpegun dengan kejelitaan kawan baik Ramirah itu. Kata Ramirah, "Alahai... nampaknya tak lama lagi... Ramirah akan dapat kekanda ipar...." Sambil mata Ramirah terpandang akan kawan baik abangnya si Rhodor yang kacak orangnya.

Akhirnya sekali di kawasan Tasik Putih itu, bertempat di perkarangan Makam Diraja Bonda Firaun itu, telah turun mendarat dua ekor kuda sakti dan kemudian asyik meragut rumput di kawasan itu. Permandangan sungguh indah sekali dengan cuaca cerah dan air tasik tenang jernih berkilauan. Kemudian dari kejauhan, telah datang berpuluh-puluh ekor kuda sakti yang lain mendarat di situ dan mereka turut meragut rumput panjang yang tumbuh meliar di mahligai lama itu. Manakala di kamar atas menara itu, kristal berkembar yang masih berada di batang tongkat pendirinya berkelipan sinar cahaya beberapa kali......

TAMAT............PUTERI DARI UTARA, PUTERA DARI SELATAN
ditulis semula berakhir pada 02 Ogos 2009, 3.05am

end


tamat





Monday, July 20, 2009

Bab 5 - Epik : Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan

Puteri 05

Kelima perwira muda yang baru sahaja dilantik menjadi panglima wilayah Thebes itu menghadiri mesyuarat ketenteraan yang pertama dalam hidup mereka. Setelah taklimat ringkas oleh tuan gabenor Watta, kelima panglima itu pun keluar dari dewan mesyuarat istana lantas mengeluarkan perintah tentera yang pertama. Zaman mengeluarkan kata-kata semangat kepada angkatan tentera Thebes yang amat lemah kerana tidak ada pengalaman.

Pasukan itu bergerak gagah dengan penuh semangat bersama pasukan bergajah menuju ke daerah Kaguwas di pendalaman. Di Pekan Kaguwas sudah menunggu kumpulan pemberontakan yang membuat kubu kukuh di situ. Pada petang hari itu pun berlangsung pertempuran di antara dua pasukan. Tentera bawahan berlawan sesama mereka manakala rakan Zaman berlawan dengan orang-orang kanan Khados. Tibalah masanya Zaman dan Khados bersemuka. Maka berlangsunglah duo yang hebat di antara keduanya tetapi Khados lebih banyak mengilak atau menipu menyebabkan Zaman mendapat cedera iaitu luka di bahagian tepi dada kirinya. Zaman masih mampu meneruskan pertarungan dan berjaya melukakan lengan Khados pula. Manakala angkatan pemberontakan itu sudah mulai lemah dan ramainya yang tumbang, Khados mengambil keputusan untuk melarikan diri. Khados tidak berpuas-hati kerana tidak boleh menggunakan kuda bota yang ganas itu untuk elak nama Firaun Agung dicemari. Khados balik dengan kuda bota ke Memphis terus ke kuil Agung, kecederaannya mendapat rawatan terbaik dari atuknya itu.

Pertarungan itu berakhir dengan kemenangan pasukan tentera Kerajaan Thebes, pemberontak yang kalah lari bertempiaran ketakutan. Pasukan tentera Thebes bersegera mengumpul anggota yang tercedera dan mereka berangkat pulang ke ibukota Khatunex. Keesokkan harinya, waktu petang itu sampailah pasukan kerajaan Thebes.

Puteri Ramirah berada di kamar dirajanya di menara. Ketika pasukan tentera itu sampai, tuan puteri itu sedang melihat-lihat barangan lama tinggalan Maltinar dahulu. Termenung panjang Ramirah untuk mencari abang kandungnya itu. Anganannya terganggu dengan sorakan rakyat jelata yang gembira dengan kemenangan tentera kerajaan. Ramirah terus ke balkoni menara dan dia bergembira dengan kehadiran balik tentera kerajaan itu.

Gerombolan tentera itu berarak sehinggalah ke Pintu Gerbang Istana, Zaman lantas ke Balairongseri dengan diiringi oleh panglima berempat. Di balairongseri hanya ada tuan gabenor dan pembesar negeri tanpa kehadiran tuanku puteri. Zaman mengadap gabenor dan memberitahu tentang kejayaan mereka. Watta memberikan pujian atas kejayaan itu.
"Bagus, bagus... Kamu Zaman telah berjaya mengalahkan pemberontakan itu... Tuanku puteri berada di menara, pergilah kamu beritahu khabar gembira ini..." Arah Watta
"Baik tuan gabenor." Sanggup Zaman tetapi kemudian menunduk sakit kesan luka pertarungan semalam dengan Khados itu.
"Mengapa Datuk Panglima?..." Tanya tuan gabenor sedikit gusar.
"Kecederaan yang sedikit sahaja... Tuan gabenor tidak perlu risau."

Panglima Zaman tetap gagahkan diri walau tidak berapa kuat untuk mengadap tuanku puteri raja. Zaman menaiki tangga menaiki menara kamar diraja. Puteri Ramirah masih lagi melihat-lihat barang pusakanya itu ketika pintu kamarnya diketuk-ketuk.

"Tuanku puteri!... Tuanku puteri!..." Kedengaan jelas suara jejaka yang menjadi pujaan hatinya.
"Ohh... Datuk panglima..." Sambil puteri itu membuka pintu.
"Maafkan patik jika mengganggu tuanku..."
"Tidak panglima... Masuklah." Zaman masuki kamar dan Ramirah menutup pintu utama.
"Bagaimana dengan pemberontak itu?"
"Semuanya telah tuanku... Kita berjaya mengalahkan mereka dan..." Sebelum sempat Zaman menghabiskan ayat itu, dia diserang rasa sakit yang teramat. Zaman menekan sakit pada luka di dada sisi dengan tangan kanannya. Dia hampir hendak rebah. Puteri cuba untuk membantu.
"Mengapa tuan panglima?" "Tak ada apa-apa tuanku... Cuma luka sedikit sahaja ni."

Kesakitan panglima bertambah teruk kerana senjata pedang yang digunakan oleh Khados disalut dengan getah pokok tuba kaktus. Zaman terus diserang rasa sakit lalu rebah. Tuanku puteri panik ketakutan dengan kejutan itu. "Biar beta carikan ubat..."

Tuanku puteri segera mendapatkan kotak ubat di dalam almari. Baginda sedaya-upaya untu
Memapah panglima yang cedera itu ke kerusi panjang. "Beta cuba letak ubat penawar bisa ya..."
Tuan puteri itu membukakan sebahagian baju panglima dan membuka semula balutan rawatan sebelum ini. Luka sebelum ini bertambah teruk kerana bisa racun. Tuan puteri menabur serbuk hijau yang mengandungi penawar semua bisa dimana telah dijampi khas oleh Pendita Nanda untuk kegunaan diraja. Zaman mengeluh pedih dan sakit bila luka ditaruh serbuk ubat itu. "Bersabarlah panglima..."
"Sakit sangat tuanku..." Keluh Zaman sehingga menitis air mata.
"Sabar, sabar, sekejap lagi... Akan kuranglah sakitnya."

Ramirah gelisah risau mengharapkan panglima segera baik. Puteri mencuba mengesat untuk membersih luka. Terkejut besar puteri itu apabila mendapati satu kesan parut tiga segi di bawah kawasan luka itu,"Tidak... Tidak mungkin..." Jerit puteri.
"Mengapa tuanku?..." Hairan pula Zaman.
"Ini... Kesan parut tiga segi di bawah luka ni..."
"Iya... Kenapa?"
"Beta juga mempunyainya..."
"Tidak mungkin..." Zaman terkejut terpinga-pinga untuk menghadapi kenyataan itu. Zaman cuba untuk bangun.

Ramirah bersegera mengambil barang-barang tinggalan pusaka yang disimpan di almari. Ramirah menunjukkan kepada Zaman akan isi kandungan kotak bersalut emas itu. Zaman terkaget apabila melihatkan barang-barang penanda yang sama seperti yang dipunyainya.

Zaman mengambil kundi kain yang disimpan rapi di pinggang belakangnya. Dia mengeluarkan satu persatu barang kepunyaannya. Ramirah meletakkan loket tiga segi kepunyaannya pada kesan parut Zaman, ternyata saiz sama. "Kita bersaudara..." Desus Zaman, Ramirah terpaku tersendu kerana pahlawan yang amat disayanginya itu tidak lain daripada saudara sedarah sendiri.

"Kanda..." Kata sedih Ramirah yang teramat rindu untuk bertemu semula dengan abang kandungnya itu. Mereka berpelukan agak lama seolah baru bertemu setelah terpisah sekian lama.
"Bagaimana kanda... Adakah perlu kita menghebah hal ini?...."
"Tidak sesekali... Adinda... Jika hal ini diketahui oleh Raja Firaun, tentu nyawa kita akan terancam... Kerana kita berdua adalah pewaris tahta yang berhak ke atas negara Mesir Bersatu ini."
"Tetapi kanda... Kita perlu menuntut hak... Setelah kematian ayahanda kita..."
"Bersabarlah adindaku... Masanya akan tiba nanti... Kita perlu mengumpul kekuatan dahulu sebelum kita menuntut tahta... Mereka sangat kuat..."
"Tapi bagaimana kanda ?"
"Kanda akan cuba berhubungan dengan Mahaguru Vaspara... Rakan baik ayahanda dahulu... Buat masa ini adinda berpura-pura macam biasa sahaja..."
"Baik kekanda..." Sanggup Ramirah, mereka berpelukan lagi.

Beberapa hari kemudian, satu makan malam keraian diraja diadakan di Istana Khatunex bersempena dengan kemenangan tentera kerajaan Thebes itu. Orang kaya Watta mengeluarkan kata-kata aluan santapan kerajaan, "Kita semua warga wilayah selatan ini sungguh bertuah kerana mempunyai kepimpinan datuk-datuk panglima yang sungguh gagah perkasa dan bijaksana dalam mempertahankan tanah Thebes ini... Jadi patik sebagai gabenor wilayah berbesar hati untuk memberitahu Paduka Baginda Raja Firaun yang Agung... Akan kemenangan pasukan tentera negeri Thebes ini dan cadangan kenaikan pangkat datuk panglima utama kita sebagai timbalan panglima Negara Mesir Bersatu."

Pengumuman Watta selaku gabenor Thebes itu memberi kejutan kepada Ramirah dan Zaman kerana belum tiba waktunya untuk mereka bersemuka dengan ayah saudara mereka yang kejam itu. Tetapi kedua mereka berupaya menyembunyikan perasaan mereka itu. Ramirah mengeluarkan titah, "Beta agak berat juga dengan percadangan itu Orang Kaya Watta..."
"Mengapa pula tuanku puteri?" Hairan Watta.
"Tidakkah memanda gabenor fikir, jika Datuk Panglima kita dilantik oleh ayahanda beta Firaun Agung untuk menjadi Panglima Negara, siapakah yang akan menjadi keselamatan beta di Thebes ini... Ayahanda tentunya lebih suka menghantar pahlawan terbaiknya untuk berperang, menakluk negara luar... " Alasan bernas puteri.
"Iya tak ya juga tuanku... Tak terfikir pula patik... Kalau begitu...eloknya Panglima Zaman menjadi Panglima Utama Negeri Thebes sahaja." Ujar balas Gabenor Watta yang melegakan semua.

Pada malamnya, di kawasan kandang kuda diraja. Zaman sedang berbisik berpesan kepada rakannya Manata untuk pergi bertemu dengan Vaspara yang berada di perkampungan mereka di Desa Medani. Manata bersegera berlepas dengan kuda kesayangannya.
Zaman memerhatikan rakannya berlalu kemudia dia terpandang ke arah Menara Istana dimana Ramirah berada. Zaman terasa rindu pula untuk bertemu dengan adik kandungnya itu.
Mulanya Zaman mahu memanjat tembok menara yang penuh ditumbuhi pohonan merayap. Tetapi beliau mendapat idea lain pula. Lalu dia pergi semula ke kandang kuda lalu dia membawa keluar kuda putih saktinya itu, Zaman mengeluarkan tanduk unikon kecil dari kantung kulit pinggangnya itu lalu dia letakkan tanduk itu di kepala kuda.
Dengan beberapa ketika kuda itu bercahaya dan menzahirkan sayap saktinya yang putih seumpama sayap burung angsa. Zaman pun terbang berlegar-legar ke ruang angkasa istana dan kemudian ke Menara Istana. Puteri Ramirah ketika itu sedang mencuba untuk melelapkan mata di kamarnya tersentak dengan bunyi pendaratan... Dan kemudian terdengar bunyi panggilan,"Adinda, adinda Ramirah..." Ramirah terus ke beranda apabila terdengar itu.
"Kanda, kanda berada di sini dengan kuda ini... Tak percaya dinda..."
"Dinda tak percaya ke? Kanda naik atas sini dengan kuda bersayap..."
"Bukan tak percaya itu... Tapi setahu dinda hanya kuda bota sahaja yang boleh terbang..."
"Kuda bota? Tak pernah kanda mendengarnya..."
"Kuda bota itu mempunyai badan seperti kuda, bersayap berkaki seperti helang tetapi berkepala naga..."
"Eiii... Teruknya..."
"Ada perkara yang teruk lagi... Kuda bota itu pemakan manusia dan mulutnya sentiasa mengeluarkan api." Jelas Ramirah panjang lebar.
"Apakata kita cuba naik kuda ini... Adinda."
"Baiklah kanda... " Mereka bersama- sama menunggang kuda itu lalu mereka dibawa terbang mengigilingi ruang angkasa Bandar Purba Khatunex itu. Mereka begitu mesra sekali memerhatikan permandangan maklumlah dua beradik baru bertemu semula.

Manakala di Kuil Agung Memphis, dua beranak keturunan kerajaan ular berkembar sedang bermesyuarat, "Bagaimanakah kita untuk menghapuskan panglima itu ayahanda? Dia sungguh kuat dan gagah melindungi Puteri Ramirah itu, apa kita boleh buat lagi, ayahanda?" Tanya Ravez dengan penuh kebencian dan bimbang akan hilang kuasa.
"Kita tengoklah dulu anakku, apabila Khados sudah sembuh, dia boleh mencari peluang untuk menghapuskan pahlawan itu."
"Tetapi ayahanda, panglima itu sudah mengenali anakanda kerana mereka pernah bertarung..." Takut si Ravez.

"Walaupun begitu... Kita masih ada pilihan lain... Kerana di tangan ayahanda sekarang ada sepucuk surat cadangan dari Gabenor Watta untuk pemashyuran jawatan panglima utama Thebes budak itu oleh Tuanku Firaun."
"Bagaimana tu, ayahanda?"
"Apabila panglima itu datang ke Bandar Kota Memphis ini untuk menerima anugerah daripada Tuanku Firaun... Tahulah kita untuk kerjakan budak muda itu..."
"Ooh, anakanda tahu... Kita guna cara fitnah..." Balas Ravez kegembiraan, kedua beranak itu ketawa kesukaan bagaikan dirasuk syaitan.

Beberapa hari kemudian di Bandar Khatunex itu, muncullah seorang lelaki tua misteri yang menunggang kuda putih memasuki bandar kota itu, dia adalah Vaspara. Beliau susah juga untuk mengharungi kawasan pasar yang padat dengan rakyat jelata. Akhirnya sampailah beliau di pintu besar Istana Utama Khatunex itu. Agak sukar juga untuk beliau masuki walaupun beliau beritahu yang dia adalah tok guru Panglima Zaman. Nasib baik, salah seorang kawan Zaman, si Manata kebetulan lalu ke situ. Maka dapatlah Vaspara memasuki kawasan istana itu. Vaspara dibawa Manata untuk bertemu dengan Zaman dan rakannya yang lain di penginapan panglima.

Mereka begitu gembira dengan kehadiran semula mahaguru mereka itu. Vaspara berehat selepas itu setelah penat berjalan jauh. Pada malamnya di istana itu, Zaman membawakan Vaspara ke Menara Istana dimana Ramirah berada. Zaman memperkenalkan mahagurunya itu, "Perkenalkan adinda, Pak Guru Vaspara kanda yang juga kawan baik ayahanda kita."

Ramirah bersalam dengan Vaspara lantas Vaspara memeluk erat puteri itu. "Bapak... Tidak pernah dapat menatap kamu semenjak pencerobohan Kota Thebes 21 tahun dahulu, kamu masih dalam kandungan ibu kamu Permaisuri Saltinar."
"Anakanda tidak sangka dapat bertemu juga dengan pembantu ayahanda dan bonda, seperti yang pernah bonda Maltinar bercerita... "

"Baguslah kamu berdua dapat bertemu semula setelah lama terpisah, sudah tiba masanya untuk kamu menuntut hak tahta kamu, anakku..."
"Apakah perlu kami lakukan sekarang, bapak Vaspara?" Tanya Ramirah.
"Kamu berdua perlu segera ke Tasik Syurga..."
"Adakah maksud bapak... Pusara bonda kami?" Tanya hairan Ramirah.
"Iya anakku... Di sana kamu boleh bertemu ibu-bapa kamu..."
"Apa maksud bapak?" Hairan Ramirah.
"Kita masih boleh bertemu semula dengan ayahanda dan bonda..." kata sedih Zaman.
"...tetapi untuk seketika sahaja..." Sambung Vaspara.
"Seketika sahaja?..." Desus sedih Ramirah.
"Iya anakku... Apa yang kamu akan temui nanti adalah jelmaan semula roh orang tua kamu... Tetapi untuk seberapa ketika sebelum mereka kembali ke alam abadi untuk selamanya..."
"Tapi bagaimana caranya, Pak Guru?"
"Apabila kamu berada di makam bonda kamu bersemayam... Kamu berdua perlu cantumkan tapak dua kristal kepunyaan kamu... Roh mereka akan muncul..."
"Tapi bapak Vaspara... Kekanda Zaman perlu pergi dulu ke Memphis untuk upacara pemasyuran rasmi jawatan panglima oleh ayahanda Adex..."
"Iya Pak Guru... "
"....kalau begitu, kamu boleh pergi ke Tasik Syurga selepas upacara itu... Lagi pun kesempatan ini boleh kamu gunakan untuk mencari titik lemah dalam Istana Agung itu..."
"Baik Pak Guru..." Sanggup Zaman. Pertemuan itu pun berakhir untuk malam itu.

Keesokkannya, Ramirah dan Zaman menaiki kapal bahtera diraja Thebes dan menyelusuri Sungai Nil Besar untuk ke Kota Memphis. Rombongan Thebes itu tidak disertai Gabenor dan keempat panglima kanan yang lain kerana mereka perlu berawas akan ancaman pemberontakan. Alasan itu sengaja digunakan oleh Ramirah untuk elak kekuatan tentera Thebes berada di Kota Memphis. Selain Ramirah dan Zaman, ahli rombongan hanya terdiri daripada kakitangan istana dan pengiring Ramirah. Perjalanan itu mengambil masa 2 hari untuk sampai ke Bandar Pelabuhan Kaheera yang menjadi pintu masuk utama ke ibu kota Mesir Agung.

Ketibaan rombongan puteri itu disambut oleh rakyat jelata dan wakil diraja yang diketuai oleh Romotex yang menjawat kedudukan sebagai Paderi Agung. Terkejut besar si Romotex kerana panglima Thebes itu mempunyai iras wajah bekas seterunya Raja Firdaus.

Rombongan Thebes itu pun bergerak ke Istana Agung Mesir dengan kereta berkuda putih. Mereka kemudian tibalah di istana dan memasuki balairongseri. Raja Firaun Adex sudah sedia ada di balairongseri utama kerana protokol pengadapan urusan negara ditemani semua barisan memanda menteri. Tahta singgahsana Ratu Raves berada di sisi kiri balai diikuti oleh tahta putera mahkota si Khados.

Pegawai protokol mencanang gong dan mengumumkan ketibaan Puteri Ramirah, Panglima Zaman dan Paderi Agung. Puteri itu memasuki ruang mengadap, Ramirah menyapa, "Apa khabar ayahanda?"
"Baik-baik sahaja puteri kesayangan beta..." Sambil Ramirah memberi kucupan di pipi raja firaun itu.

Puteri Ramirah menduduki singgahsananya yang berada di sebelah sisi kanan. Romotex juga mengambil kerusinya sebagai Paderi Agung. Manakala Zaman beserta pegawai istana Thebes terus mengadap Firaun Adex. Zaman mengangkat sembah kepada firaun," Ampun Tuanku Firaun yang agung, patik yang hina datang mengadap sembah... "
"Oh... Kamulah wira Thebes yang berjaya mengalahkan pemberontak di Kaguwas itu."
"Iya tuanku..." Dalam pada itu, Zaman terpandang putera mahkota yang merupakan seterunya sebanyak 2 kali bertemu tetapi Zaman cuba memendam rasa dan berlagak biasa.

Firaun Adex bangun dari tahta dan menghunuskan Pedang Amun-Ra yang menjadi lambang kuasa Maharaja Firaun Mesir Agung. Pedang itu diletak dibahu kiri Zaman. Dalam pada itu Romotex mengambil kesempatan untuk berbisik kepada Ravez akan sesuatu hal.

Adex juga tidak berapa selesa apabila memandang wajah Zaman yang begitu mengingatkan dia akan ayahanda dan kekandanya Raja Ramirez. Dia bertitah, "Maka beta sebagai Raja Tanah Agung Mesir ini melantik kamu sebagai Panglima Mesir kedua yang menjadi tugas kamu untuk menjaga keselamatan negeri Mesir Selatan. Memanda Bendahara, bawakan watikah perlantikan dan persalinan tuan panglima ini..."

Protokol perlantikan itu berakhir dengan Bendahara menyerahkan gulungan papirus watikah perlantikan dan persalinan panglima kepada Zaman. Pada tengahari, acara makan tengahari keluarga diraja dimana Zaman pun turut serta dengan pakaian persalinan rasmi sebagai panglima kedua.

Selepas santap tengahari, Raja Firaun menerus aktiviti petangnya dengan menonton perlawanan manusia dengan kuda bota yang ganas itu bersama-sama dengan memanda menterinya di gladium negara. Puteri Ramirah tidak turut serta menuju ke kamarnya dengan diiringi oleh Panglima Zaman.

Zaman seperti memendam rasa untuk memberitahu Ramirah akan sesuatu. Ravez yang melihat dari jauh tidak senang dengan keadaan itu. Dia terus mengintip pergerakan mereka dari jauh. Zaman beberapa kali asyik tidak dapat kesempatan untuk memberitahu Ramirah kerana selalu terserempak dengan pegawai istana yang lalu-lalang. Sehinggalah mereka sampai ke Istana Kediaman Rasmi Ramirah. Keadaan lebih selamat untuk Zaman memberitahu Ramirah.

Ratu Ravez mengambil peluang untuk mencuri dengar dengan menyelinap diantara pohonan pagar yang rendang berhampiran dengan laluan ke istana puteri.
"Adinda... Ada sesuatu perkara yang memusykilkan kanda..."
"Apakah ia kanda Zaman?"
"Siapakah gerangan pemuda yang berada di sisi Permaisuri Ratu itu?"
"Maksud kanda... Putera Mahkota Khados..."
"Iya... Kanda pernah jumpa Khados itu sebelum ini..." Cuba beritahu Zaman tetapi Ravez dapat mengagak apa yang cuba diberitahu oleh panglima itu lalu dia memunculkan diri untuk menghalang.

"Apa kanda... Apa maksud kanda itu?" Tanya Ramirah seraya kemunculan Ratu Ravez, Zaman teragak-agak untuk memberitahu.
"Dia... Dia sebenarnya..." Belum sempat Zaman habis, Ratu Ravez mencelah dengan wajah garang dan marah.
"Anakanda Ramirah! Mengapa kamu membawa lelaki memasuki kawasan larangan ini? Hanya pengawal istana sahaja boleh berada di sini..."
"Tapi Bonda Ratu... Tuan panglima ni cuma meneman anakanda... "
"Tidak ada tapi-tapi lagi Puteri Ramirah, nyah kamu Tuan Panglima!"
Usir Ratu Ravez.

Ramirah dan Zaman saling berpandangan. Ramirah hilang ilham untuk menghalang arahan ibu tirinya kerana undang-undang larangan itu masih diguna-pakai. Zaman terus akur dengan perintah Ratu itu lantas membawa diri pergi dari situ.

Ramirah berasa hati dengan tindakan Ravez itu lalu berkata, "Sampai hati bonda, lakukan ini terhadap beta..." Keluh puteri itu lalu membawa diri ke kamar rasminya lalu mengunci pintu dari dalam.

Ramirah menangis bersendirian mengenangkan nasibnya. Bunyi tangisan itu mengembirakan Ravez kerana halangan dia menjadi tetapi Ravez berasa ganjil sedikit kerana Ramirah dan Zaman membahasakan diri mereka kanda-dinda walhal setahunya Adex tidak mempunyai putera lain selain Khados. "Mereka agaknya bercinta mungkin..." Desus kata hati Ravez.

Ravez kemudian mengeluarkan arahan baru kepada ketua pengawal istana agar tidak ada lelaki dibenarkan masuk ke istana tuan puteri. Zaman mencuba beberapa kali untuk masuki kawasan larangan itu dari berbagai pintu masuk tetapi tetap tidak dibenarkan kerana beliau bukan ahli pengawal istana walaupun sudah memegang jawatan panglima kedua Mesir. Zaman hampir berputus-asa kerana tidak dapat untuk meluahkan kesangsiannya terhadap seorang putera diraja kepada Ramirah. Tidak syak lagi keselamatan adinda puterinya dalam bahaya. Tetapi dia mendapat satu ilham jalan keluar akan permasalahan itu.

Zaman menantikan hari larut malam. Pabila tiba masanya itu, Zaman mengambil kuda putihnya di kandang diraja lalu memasangkan tanduk unikon untuk bertukar menjadi kuda terbang. Zaman menunggang terbang ke kawasan beranda menara istana kediaman puteri yang lebih luas dan mempunyai pohonan memanjat memenuhi dinding.

Zaman melepaskan kudanya untuk terbang semula ke kandang. Apabila kuda sakti itu sampai di kandang, Zaman meniupkan satu seruling kecil yang menyebabkan kudanya mematahkan semula unikonnya dengan sendiri lalu memagut tanduk itu dan memasukkan tanduk itu ke dalam beg pelana.

Setelah Zaman yakin kudanya telah kembali kepada normal barulah beliau mencuba memasuki kamar Ramirah melalui pintu beranda, akan tetapi pintu itu seamat kukuh dan tebal untuk dimasuki. Ramirah pula kebetulan teramat sibuk dengan protokol istana tertidur lena. Zaman mencuba menyeru nama Ramirah tetapi tidak dapat mengejutkan lena puteri itu.

Pada ketika yang sama, Khados berada di kamar bonda kesayangannya. "Khados, bonda amat berasa bimbang dengan kelibat tuan panglima itu, beberapa kali nama kamu disebut-sebut kepada Ramirah..."
"Benarkah bonda... Anakanda telah beberapa kali gagal menghapuskan bedebah Zaman dari Nubia Selatan itu..." Dalam pada itu percubaan Zaman untuk membuka pintu beranda berbunyi agak kuat menyedarkan dua beranak yang jahat itu kerana jarak menara kamar Ratu Ravez antara yang terdekat.
"Mungkin panglima itu sudah memanjat naik menara tuan puteri... Untuk memberitahu rahsia kamu itu... Cepat perintahkan pengawal ke kamar Ramirah..." Arah Ravez kepada Khados.
"Baik bonda..."

Manakala Zaman berjaya juga membukakan pintu tetapi angkara itu menghasilkan bunyi hentakan yang kuat. Ramirah sedikit terjaga tetapi masih mamai lagi. Zaman segera memasuki kamar dan mencuba kejutkan Ramirah dengan mengusap-usapkan rambut Ramirah. "Adinda, dinda Ramirah..." Barulah Ramirah terjaga.
"Kenapakah kanda... Perlukan kanda melanggar larangan istana..."
"Kanda tidak mempunyai pilihan lagi... Kanda... Sudah beberapa kali mencuba nak masuk untuk berjumpa dinda tetapi semua pengawal tidak benarkan."
"Dinda tahu... Ini semua angkara Bonda Ravez... Dia tidak menyenangi apa sahaja yang dinda buat...."
"Tapi kanda ada sesuatu perkara yang lebih teruk dari itu... Tentang Putera Khados sepupu kita itu..."
"Mengapa kanda?..."
"Kanda pasti... Khadoslah petualang serangan di padang pasir Nubia dahulu dan pemberontakan di Kaguwas tempohari..."
"Kanda begitu pasti?"
"Dialah yang kanda beradu di kedua-dua pertempuran itu.... Dan dialah yang mencederakan kanda tempohari..."
"Ayahanda Adex... Tentu amat murka jika tahu serangan-serangan itu didalangi oleh puteranya sendiri... Ramirah tidak pernah menghalang warisan tahta... Tetapi Bonda Ravez dan Khados tidak pernah berpuas hati dengan dinda..." Keluh sedih tangis Ramirah." Zaman memeluk erat adindanya.

"Bersabarlah dinda... Mereka itu belum tahu lagi yang kamu bukan anak kandung Raja Adex... Tetapi sebenarnya anak musuh ketat mereka..."
"Apa kita nak buat kanda... Ayah dan bonda kita sudah tiada untuk berada di sisi kita..."Keluh puteri Ramirah. Namun Zaman cuma terus memeluk tenangkan adiknya itu.

Tetapi tiba-tiba pintu kamar utama dipecah masuk oleh sedozen pengawal istana yang diketuai oleh Khados. "Tangkap si bedebah dari Selatan itu!"
Perintah Khados seraya 10 orang lagi pengawal mengililingi Zaman.
"Apa kamu buat buat di kamar adinda puteri kesayangan beta ini, hah? Kamu mahu menodai Puteri Raja Firaun?" Kata pura Khados seraya Ravez tiba dengan beberapa pegawai istana yang lain.
"Iya... Datuk Panglima yang gagah perkasa... Angkara apakah gerangan kamu berada di kawasan larangan ini..." Tanya sindir Ravez.
"Pengawal... Bukakan baju si bedebah itu..." Arah Khados berniat jahat lalu pengawal ikutkan arahan itu dengan menanggalkan baju Zaman.
"Ciss! Sungguh busuk hati kamu Khados!..." Jerit Zaman sambil meronta-ronta melawan tetapi ternyata tidak upaya melayan pengawal yang lebih bilangannya.

Puteri Ramirah tidak terdaya juga untuk membatalkan arahan hanya mampu menangis meminta belas ihsan Ratu Ravez. "Bonda... Tolonglah bonda... Kami tidak lakukan apa-apa..."
"Tidak perlulah kamu berpura-pura baik puteri yang jelita..." Ravez dengan nada penuh kebencian lalu berangkat pergi dari situ.

Zaman kemudian dibawa Khados dan pengawal ke Kamar Utama Raja Firaun. Maharani Ratu Ravez sudahpun memaklumkan kepada Adex tentang tangkapan itu. "Cik laknat kamu wahai panglima yang tidak mengenang budi... Berani kamu menodai puteri beta..."
"Saya tidak lakukan apa-apa... Tuanku." Rayuan Zaman. Kemudian muncul Ravez.
"Memang itulah yang telah berlaku kanda, adinda sendiri telah melihat panglima ini tidak berpakaian di dalam kamar puteri kita itu..."
"Itu semua tidak benar tuanku..." Kata rayu Zaman.

Raja Firaun tidak memperdulikan lantas menampar dengan kuat ke muka Zaman. Manakala Puteri Ramirah pula muncul dan menjerit, "Tidak ayahanda, panglima tidak bersalah... Dia telah dianiaya..."
"Janganlah kamu cuba melindungi panglima itu wahai anakanda puteri, bonda tahu kamu begitu dahagakan kejantanan seorang lelaki..." Kata sindir Ravez.
"Kalau Ramirah dahagakan itu... Tidak perlulah kami bersusah-payah ke bandar kota ini, mengapakah tidak kami lakukan di Bandar Khatunex sahaja."
"Sudahlah... Anakanda puteriku, kamu tidak bersalah kerana pemikiran kamu telah dipengaruhi oleh jampi serapah dan ubat guna-guna orang Selatan, beta jatuhkan hukuman berlawan dengan kuda bota esok hari..." Titah Adex dengan tegas.

"Janganlah ayahanda buat begitu, kejamnya ayahanda..." Rintih Ramirah.
"Pengawal! Bawa panglima bedebah ke kurungan, beta nak tengok sejauh mana kuat tenaga kejantanannya." Titah Adex lagi. Ravez dan Khados tersenyum puas-hati. Ramirah kemudian membawa diri ke kamar rasminya lalu merebahkan diri ke katil diraja. Ramirah terus meratapi nasib abang kandungnya yang akan menjadi korban haiwan bota esok hari. Ramirah akhirnya terleka tidur dalam kesedihan.

Masa menghampiri awal pagi, Vaspara sampai di Kota Memphis dengan kuda terbang yang satu lagi. Vaspara mendarat ke kediaman pengawal tentera tetapi tidak menjumpai Zaman berada di situ. Kemudian di kawasan kandang kuda diraja, Vaspara meniup seruling kecil, hanya kuda Zaman yang muncul. Vaspara menjadi risau tetapi kemudian beliau teringatkan si Puteri Ramirah. Lalu dia terbang dengan kuda saktinya ke balkoni kamar puteri. Kehairanan juga Vaspara dengan keadaan pintu anjung yang terbuka luas hanya ditutupi langsir tebal. Vaspara berteriak dan mengetuk pintu balkoni, beliau membaca beberapa mantera untuk mengejut tidur si puteri. Puteri Ramirah pun segera terjaga, "Ayahanda Vaspara!... Kanda Zaman..."
"Bagaimana Zaman... Anakanda?"
"Kanda Zaman telah ditangkap oleh Khados dan bonda Ravez..."
"Bagaimana begitu anakanda?"
"Perjumpaan kanda dengan anakanda disini telah ditipu helah oleh mereka."
"Mudahlah mereka mengambil kesempatan dengan kawasan larangan itu..."
"Kanda Zaman sebenarnya datang untuk memberitahu tentang pemberontakan di Kaguwas itu didalangi oleh Khados."
"Bagaimana dengan keadaan kekanda kamu sekarang?"
"Kanda Zaman sekarang dalam kurungan, esok kanda akan menghadapi pertarungan dengan kuda bota... Apa harus kita lakukan ayahanda Vaspara..."
"Pada ketika ini... Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kawalan ketat pengawal istana..."
"Habis tu... Bagaimana dengan nasib kanda besok?"
"Bersabarlah Ramirah... Esok ketika pertarungan itu, ayahanda akan lepaskan kuda sakti Zaman.. Dan kamu berdua perlu pergi jauh dari bumi Mesir ini.
"Kami perlu pergi ke mana, ayahanda?"
"Jika Zaman berjaya melepaskan diri, pesankan dia untuk bertemu ayahanda di Bukit Raul..."
"Baik ayahanda Vaspara..." Sanggup Ramirah. Vaspara pun meninggalkan puteri itu di kamarnya.

Keesokkan harinya, waktu petang seperti biasa berlangsung acara pertarungan kuda bota dengan manusia, rakyat jelata.........


....................bersambung

1

Bab 4 - Epik : Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan

Puteri04

"Tapi pak guru... Saya tidak boleh bersegera untuk ke Thebes sebab ayahanda telah menugaskan saya untuk mengadap wakil raja di Khatunex hujung minggu ni..."
"Tak apa, kamu dahulukan perintah Penghulu Tata itu... Setelah kamu menyelesaikan tugasan di Khatunex, bersegeralah kamu mencari saudara kandungmu itu..."
"Baiklah pak guru, saya pergi dulu..." Sambil Zaman menaiki kuda putih sakti itu.

Zaman pun sampai ke Desa Medani yang mulai sibuk dengan orang kampung mengumpulkan barang-barang persembahan untuk raja seperti binatang ternak dan bahan-bahan logam termasuk emas. Barang tersebut dimasukkan ke dalam beberapa kapal dagang sungai.

Zaman memasuki rumahnya tanpa berkata apa-apa akibat terkejut dengan kebenaran yang diberitahu oleh Vaspara. Ibunya perasan akan kelainan sikap Zaman itu. Dan beliau bertanya pada Zaman, "Kenapa ni Zaman... Kamu dah makan ke belum?"
"Belum... Saya tak lapar lagi." Kata Zaman yang dingin lalu keluar dari rumah.

Tidak berapa lama kemudian, Penghulu Tata pun memasuki rumah. Isterinya pun merungut, "Abang perasan tak, perangai si Zaman tu dah berubah benar semenjak abang menyerah tugas mewakili desa menghadap raja di Khatunex tu, tentu dia rasa berat nak menanggung beban tugas itu... Awak tak kesiankan anak bongsu awak itu..."
"Baiklah, baiklah ibunya... Nantilah saya beritahu Zaman yang saya sendiri mengetuai rombongan itu."

Penghulu Tata keluar rumah dan mencari Zaman di kandang kuda, Zaman sedang membelai kuda putih yang diberikan oleh tok gurunya.
"Anakku Zaman..."
"Ya ayahanda."
"Kamu nampak begitu berat hati saja untuk pergi ke bandar baru..."
"Bukan sebab itu ayahanda..."

"Ayahanda tahu kamu belum ada pengalaman, salah ayahanda juga kerana dek kerana abang-abang kamu semua pergi berdagang di perantauan , salah ayahanda kerana tidak pastikan kamu keluar berdagang seperti mana abang-abang kamu. Ayahanda sebenarnya bimbangkan keselamatan kamu anak yang paling muda. Tak apalah ayah sendiri yang ketuai rombongan desa kita, kamu menjadi orang kanan ayahanda."

"Baiklah, ayahanda." Kata Zaman mengiyakan arahan ayahandanya walau hatinya masih terbuku tentang dirinya itu. Dia memandang jauh di pinggiran sungai permandangan orang kampung memunggah barang. Zaman duduk termenung sendirian.

Manakala Putera Khados sedang menunggang kuda bota menuju ke selatan. Di Khatunex, Ramirah mulai menerima persembahan hadiah dari rakyat jelata tanpa henti setiap hari. Persembahan itu meliputi barangan seperti binatang ternak , kain , logam emas tembaga , permata berharga , hamba abdi dan turut serta dengan tarian budaya dan muzik tempatan.

Rombongan Desa Medani mula bertolak dengan Penghulu Tata sebagai ketua rombongan diikuti oleh Zaman dan rakan rapatnya beserta dengan 20 orang kampung menaiki 5 kapal kecil belayar menuju ke Khatunex.

Manakala di waktu yang sama, keluarga Firaun Agung sedang menikmati sarapan di ruang makan diraja , Ratu Raves berusaha memujuk secara halus suaminya itu, "Kanda Adex, bilakah agaknya kanda na tabalkan putera tunggal kita tu menjadi putera mahkota."
"Bersabarlah adinda Ravez , akan tiba masanya nanti... Putera Khados akan menjadi putera mahkota... Tapi buat masa ini anakanda kini teramat mentah akan hal ehwal pemerintahan kerajaan..."
"Tapi kanda, Khados kan putera kita, apalah kiranya anakanda dimasyur sebagai Putera Mahkota Agung Mesir..."
"Tapi dimana putera kita ni?... Kanda tidak bersua muka dengan Khados sudah 2 hari..."
"Khados tiada di Thebes ni , anakanda kita dah berangkat ke Khatunex." Kata Ravez terserba-salah.
"Apa, anakanda kita ke Khatunex? Adakah Khados merancang untuk menganggu Puteri Ramirah, puteri kesayangan beta."
"Tidak kanda , putera Khados berasa bimbang tentang keselamatan adinda tirinya itu, dikhuatiri Ramirah diganggu oleh penjahat , maklum sajalah wilayah Mesir Selatan itu penuh penyangak dan perompak."
"Bagus, bagus... Jika itu tujuan putera beta berada di sana..." Adex berprasangka baik dengan penyataan Ravez itu.
"Kekanda tuanku Firaun, izinkan dinda untuk menemui ayahanda di Kuil Agung."
"Baiklah dinda... Kirim salam suci Amon kepada ayahanda Paderi Agung Romotex."
"Baiklah kekanda tuanku, Raja Firaun Mesir yang agung."

Ravez bertolak dari istana dengan menaiki kereta kuda diraja yang diiringi dengan 10 pengawal istana yang berkuda. Ravez bertemu dengan ayahandanya di ruang kuil utama di depan patung raksasa Amon dan tuhan-tuhan kecil lainnya. Paderi Romotex kelihatan bergembira sekali dengan ketawa yang mengilai-ilai.
"Bagus anakku Ravez... Apabila cucunda beta sudah dirasmi menjadi Putera Mahkota, kamu mestilah meracun suamimu itu..."
"Baiklah ayahanda, Ravez sanggup buat apa sahaja asalkan dapat untuk mengembalikan semula kuasa keturunan Raja-raja Memphis..."
"Semoga tuhan Amon melaknatkan keturunan Raja-raja Thebes yang merampas tahta ayahanda... Ayuh anakanda, bersama-sama kita berdoa kepada tuhan Amon semoga rancangan kita berjaya." Kedua beranak itu melakukan upacara sembahyang di depan berhala tuhan mereka yang bernama Amon.

Manakala Khados sudah berada di perkarangan Istana Khatunex itu, kebanyakan orang istana menyangkakan Khados itu adalah pengawai diraja yang diutus khas dari ibukota Thebes. Dia mengintip akan aktiviti-aktiviti istana. Ramirah ketika berada berada di anjung bilik kamar diraja yang terletak di menara istana dapat melihat kelibat sepupunya Khados yang berpakaian putera raja. Maka itu beliau berhati-hati dalam tindak-tanduknya.

Di malamnya, Ramirah didatangi satu mimpi yang aneh dimana dia mendapati dia berada di kala masa kecil semasa dia mengikuti pemakaman ibunya di Tasik Putih dulu dan dia berhadapan dengan Dayang Maltinar yang merupakan pengasuhnya semenjak bayi lagi. Ramirah dapat mendengar dengan jelas akan pesanan akhir pengasuhnya, "Anakku Tuan Puteri Ramirah, ingatlah apabila kamu telah dewasa kelak, carilah abang kandung kamu, ingatlah yang kekandamu itu juga mempunyai tanda parut sama seperti kamu iaitu parut bentuk 3 segi di bawah dada kiri..."
"Baik Makcik Maltinar, saya akan ingat pesan makcik..." Kata akur Ramirah dan kemudian Ramirah mendapati dirinya terkejut daripada mimpi dalam keadaan dirinya berpeluh-basah.

Keesokkan harinya, di waktu pagi hari, Ramirah sedang duduk bermenung di beranda kamarnya sambil memerhatikan keadaan bandar yang mulai sibuk dan juga persimpangan dua sungai Nil besar iaitu Nil Biru dan Nil Putih. Tuan puteri itu terus bermenung panjang di anjung tingkat atas menara istana yang dibina daripada batu granit itu.

Manakala di sungai itu, rombongan Desa Medani itu mula menghampiri pelabuhan Bandar Khatunex yang sibuk itu. Kumpulan kapal itu pun berlabuh dan mereka memindahkan binatang ternak terlebih dahulu dan barangan lain diletakkan atas kuda. Rombongan Desa Medani pun bergerak bersama dari pelabuhan ke istana melalui lebuh kota utama. Penduduk kota bersedia menyambut rombongan-rombongan dari serata pelusuk wilayah selatan Mesir.

Selain Desa Medani, terdapat berpuluh-puluh lagi rombongan yang berada di hadapan mereka dan ianya berderetan sehingga ke pintu masuk istana. Agak lama juga rombongan Desa Medani menanti giliran, akhirnya mereka sampai ke pintu utama istana, rombongan menyerahkan hasil ternak kepada pengawal istana. Barang persembahan yang diletakkan di atas kuda diturunkan dan dibawa sendiri oleh ahli rombongan.

Rombongan itu kini berada dalam ruang legar balairongseri utama istana, Zaman dapat melihat dari jauh rombongan lain menghadap raja dengan persembahan hasil mahsul keluaran tempatan mereka. Tempoh menunggu tidak terasa sangat kerana mereka juga dapat ikuti persembahan tarian dan muzik yang pelbagai gaya dan rupa. Zaman dapat perhatikan wakil raja itu adalah seorang tuan puteri, namun iras wajah tidak dapat dikenali kerana tuan puteri memakai pakaian adat istiada dengan penuh hiasan kepala manakala bahagian bawah muka yang bertutup kain sutera emas. Dan akhirnya nama kampung Desa Medani dicanang oleh pengawal.

Puteri Ramirah dan memanda-memanda penasihatnya terperasan dengan nama Desa Medani yang mana 5 pemuda desa itu telah berjasa besar menyelamatkan rombongan penghantaran raja tempoh hari. Zaman dan rakannya masih tidak sedar yang mereka telah menyelamatkan rombongan raja kerana mereka masih dalam protokol mengadap raja yang mana mereka tidak boleh mendongak melainkan dititah raja. Puteri Ramirah kelihatan terkejut apabila mendengar nama desa itu, tuan puteri berdiri apabila ketua rombongan menghampiri singahsana diraja. Zaman dan rakannya berjalan di belakang Penghulu Tata dan orang-orang tua kampung. Pelayan-pelayan istana membawakan dulang-dulang besar berisi barang-barang hiasan dan batu permata yang lebih hebat berbanding dengan mana-mana desa di wilayah Mesir.

Tuan puteri itu pun duduk semula di singahsana dan kemudian Penghulu Tata meratap sembah raja, "Ampun tuanku seribu ampun, maafkan hamba patik yang hina Penghulu Tata dan anak-buah dari Desa Medani datang menghadap duli mulia tuanku raja... Semoga tuanku sudi menerima persembahan kami yang tidak seberapa ini, sembah patik untuk paduka raja Thebes Yang Agung." Ucapan sembah penghulu Tata sambil menatap raja.
"Terima kasih, Penghulu Tata... Beta amat menghargai sumbangan tuan penghulu sekampung. Ia sungguh cantik sekali..." Puji paduka raja.

Kedengaran suatu suara yang pernah Zaman dengari sebelum ini menyebabkan Zaman gelisah dan tertanya-tanya. Rakannya juga terperasan akan itu dengan mimik wajah hairan tetapi mereka semua masih dalam protokol mengadap raja maka mereka masih berada dalam keadaan duduk bertimpuh dan tunduk hormat.

Orang Kaya Watta sememangnya sudah mengenali Penghulu Tata memberikan tepukan," Syabas Penghulu Tata... Persembahan tuan hamba sememangnya yang terbaik di Wilayah Thebes ini... Memang hebat!" Sambil orang kaya itu bersalam mesra dengan Tata sebagai sahabat lama.
"Tidak ada apa yang hebat, Orang Kaya Watta... Ini semua cuma sedikit simpanan hasil mahsul kami... Sekadar beberapa perhiasan emas perak dan permata zamrud, nilam, akid, delima dan intan." Rendah diri Tata dengan tatangan 5 dulang penuh logam dan permata berharga.

"Sebagai rombongan yang membuat persembahan paling bernilai selayaknya mendapat layanan istimewa pihak kami..." Kata Watta sambil bertepuk diikuti hadirin pembesar lain. Sambil itu, penasihat raja yang juga menyamar sebagai ketua kafilah dagang tempoh hari turut sedar dengan kehadiran 5 perwira yang menolong tuan puteri. Dia kemudian bersuara, "Maafkan saya tuan hamba penghulu Tata!..."

Seruan keras penasihat raja memeranjatkan hadirin seolah sesuatu masalah besar sedang dihadapi, Orang Kaya Watta turut hairan dan cemas, "Mengapakah Pendita Nanda... Cemas sahaja?"
"Maafkan saya tuan penghulu... Saya mahukan 5 orang anak muda dari Desa Medani ini berdiri sekarang juga!" Kata tegas Nanda.

Suasana majlis masih tegang dan sunyi-sepi. Tata berkata kecil, "Anak buah... Sila bangun sekarang juga." Si pemuda berlima pun bangun dalam keadaan terserba-salah seolah mereka telah melakukan kesalahan besar. Memang satu kesalahan besar untuk berdiri depan raja tanpa diperintahkan sendiri oleh paduka raja. Zaman yang berada hanya dibelakang ayah angkatnya hendak tidak hendak ternampak juga bayangan empunya wajah paduka raja perempuan itu yang tersembunyi di balik kain sutera nipis seolah dia dapat kenali wajah itu. Terlintas di pemikiran Zaman akan Ramirah anak kafilah dagang di gurun Nubia tempoh hari.

Pendita Nanda turun dari singahkerusinya lalu pergi hampiri ke tengah ruang balai di tempat pemuda Medani itu berdiri untuk melihat lebih dekat. "Wahai tuanku puteri Paduka Raja Thebes yang Agung, inilah pemuda-pemuda yang telah menolong rombongan tuanku ketika serangan lanun tempoh hari." Umum Nanda.
"Adakah itu benar sekali, wahai Pendita Nanda yang arif..." Tanya Watta.
"Benar gabenor, beta juga pasti... Merekalah yang menolong beta menghadapi serangan lanun itu..." Titah tuan puteri mengejutkan semua pihak.
"Syabas Tata... Bukan sahaja Desa Medani menjadi satu tempat yang kaya dengan hasil mahsulnya tapi pemuda-pemudanya adalah perwira yang hebat dalam ilmu pertarungan, syabas... Syabas!" Sambil Watta bertepuk diikuti oleh semua pembesar dan hadirin dalam istana itu.

Agak lama juga berkumandang tepukan itu sehinggalah tuan puteri berdiri dari tahta singahsana membuatkan hadirin terdiam seketika dan bertitah, "Kamu, 5 perwira dari Desa Medani boleh memandang beta sekarang..." Seraya 5 pemuda berbuat demikian mengikut tirah rajanya.

Dan sesuatu yang mengejutkan semua orang dalam Dewan Istana itu, puteri raja itu menanggalkan tabir kain sutera nipis di wajahnya itu, ternyata baginda adalah Ramirah anak kafilah dagang di padang pasir Nubia tempoh hari. Hal itu mengejutkan 5 anak muda itu.

"Dan sebagai membalas jasa baik 5 perwira Desa Medani yang telah banyak menolong beta tempo hari, sudikah kamu berlima menerima tugas sebagai Panglima Raja Wilayah Thebes ini... Apa kata Tok Penghulu Tata?"
"Ampun tuanku, patik berasa amat berbesar-hati menerima permintaan tuanku... Ampun tuanku." Penghulu Tata menerima sahaja titah puteri itu dan mereka sekampung menyembah hormat kepada raja.
"Syabas Tata... Syabas! Kalian semua dari Desa Medani dijemput hadir ke majlis santapan diraja malam ini..." Pengumuman Orang Kaya Watta di selangi dengan tepukan gemuruh tahniah dari seisi dewan itu, Zaman dan rakannya tersenyum riang dengan peristiwa itu. Pertolongan ikhlas tempoh hari menukar nasib mereka dari anak desa untuk menjadi panglima raja pula.

Manakala Putera Khados yang menyamar diri dalam gerombolan orang ramai itu memerhatikan dengan perasaan geram, dia cepat-cepat keluar dan menaiki kuda bota yang disembunyikan di menara sebush bangunan di kawasan bandar. Beberapa jam kemudian Khados pun sampai di bandar Kota Memphis di lokasi Istana Permaisuri tetapi bondanya tiada. Setelah bertanya kepada dayang istana barulah dia tahu ibunya berada di Kuil Agung.

Khados terbang dengan kuda bota ke kuil itu pula. Sampai di situ, dia dapati ibu bersama dengan nendanya, Pendita Romotex sedang khusyuk melakukan upacara menyembah berhala Dewa Amon.
"Bonda, bonda!..."
"Ada apa anakku Putera Khados yang perkasa?"
"Kenapakah cucuku, kamu kelihatan cemas sahaja."
"Anakanda baru sahaja tiba daripada Bandar Khatunex, bonda."

"Bagaimana Khados, beritahu bonda." Ravez begitu teruja.
"Bonda... Ramirah telah melantik kumpulan pmuda yang menolong dia tempoh hari sebagai panglima-panglima Thebes..."
"Apa? Bedebah betul... Tetapi jangan kamu risau pasal itu... Keadaan memudahkan lagi untuk kita mengambil kesempatan nanti. Kamu hendaklah sentiasa mengawas ketat akan pergerakan mereka. Bila ada peluang... kita lakukan fitnah."
"Baik bonda, nenda... Anakanda akan pergi esok..."
"Bagus anakanda..." Khados pun keluar meninggalkan tempat itu. Hanya tinggal Ravez dan Romotex di Kuil Agung.

"Anakandaku Ravez, ayahanda masih tidak faham mengapa kamu menghasut Adex untuk menjadikan Ramirah sebagai wakil raja di Thebes."
"Anakanda merancang untuk melemahkan kasih sayang Adex terhadap puteri kesayangannya itu." Sambil mereka ketawa kesukaan.

Di Kota Khatunex itu, hari sudah menjelang malam. Di istana utama, satu majlis jamuan makan malam diraja diadakan. Majlis itu dihadiri oleh para pembesar negeri, gabenor dan wakil dari Desa Medani. Zaman dan rakannya telah dipakaikan pakaian istiadat panglima Thebes. Zaman mendapat gelaran Panglima Utama, dia sungguh nampak segak.

Dewan makan istana dipenuhi dengan hidangan makanan yang sungguh menyelerakan termasuklah panggang burung unta, arnab gurun, kambing nubia dibakar dan kurmok burung merak. Semua hadirin sedang menanti kehadiran tuan puteri wakil raja. Gong istana berbunyi menandakan kehadiran tuanku. Puteri Ramirah sampai, mereka bangun berdiri memberi hormat diraja. Puteri pun duduk dan mereka pun meneruskan makan malam.

Orang Kaya Watta berkata, "Wilayah Thebes sungguh bertuah kini kerana mempunyai 5 panglima yang gagah berani setelah 25 tahun kita ketandusan pahlawan-pahlawan perkasa semenjak pemerintahan Raja Ramirez menaung negeri ini."
"Ya ketika itu, ibu negeri kita betul-betul di Kota Thebes tetapi Tuanku Firaun telah memindah pusat pentadbiran ke sini." Sambung Pendita Nanda.
"Ketika zaman gemilang dahulu, Thebes adalah wilayah yang makmur melebihi daripada wilayah Memphis di utara sehinggalah angkatan tentera kuda bota menyerang dan menjarah bandar itu." Mencelah Watta lagi.

Ketika makan malam itu, beberapa kali Ramirah dan Zaman bertentang mata. Majlis makan itu diselangi dengan kata-kata pujian terhadap zaman gemilang Thebes yang lama.

Selesai majlis makan itu, Zaman dan rakan menuju ke berek kediaman kakitangan diiringi oleh Tata dan penduduk Medani yang mengikuti perwakilan itu. Bila sampai, Penghulu Tata pun mengucap selamat tinggal kepada Zaman secara bersendirian,
"Anakanda, ayahanda berangkat dulu walaupun ayahanda amat keberatan di atas perlantikan tugas baru kamu. Tapi apakan daya, kita perlu patuh dan taat setia pada perintah raja kita... Pantang rakyat Mesir menderhaka kepada raja firaunnya. Sedari kecil lagi, ayahanda cuba elakkan kamu berada di kota kerana ayahanda mahukan kamu sentiasa berada di desa bersama ibu kamu."
"Ayahanda, jangan risaukan pasal anakanda... Anakanda akan lakukan yang terbaik untuk menjaga nama baik ayahanda dan Desa Medani."

Penghulu Tata memeluk dan mencium dahi anak bongsunya itu walau cuma anak angkatnya sahaja. Mereka sekampung pun berpisah dan mengucap selamat tinggal. Ketika berada di penginapan pegawai, rakan-rakan Zaman semua keseronokan kerana mendapat pangkat dan berada di tempat yang mewah dan selesa tetapi Zaman berasa sedih kerana teringatkan akan kasih-sayang ayah dan ibu angkatnya itu.

Dikala rakannya sudah mengantuk dan mula nak tidur, Zaman tidak pun rasa mengantuk lantas dia terus pergi ke taman istana yang berhampiran dengan rumah pegawai. Zaman memerhatikan gelagat ikan kaloi emas yang besar-besar berenang di kolam taman yang mempunyai air pancuran. Tanpa disedari Zaman, kelibatnya itu dilihat oleh tuan puteri yang berada di balkoni menara utama istana.

Ramirah lantas turun ke taman istana melalui pintu rahsia terus ke tempat itu dan terus menghampiri Zaman. Zaman yang terleka mengelamun masih tidak menyedari akan kehadiran puteri itu, "Wahai satria gagah perkasa, apakah yang tuan hamba menungkan itu?"

"Eh... Tuan puteri, terkejut patik... Maafkan patik kerana mencemar taman istana ini..."
"Tidak sesekali Panglima Zaman, beta ke sini pun kerana ternampak awak di sini... Dari puncak sana." Sambil unjuk Ramirah akan kamar dirajanya di menara.
"Wah... Tinggi sungguh tempat beradu tuan puteri... Tak rasa gayat ke?"
"Rasa juga... Tapi sangat seronok tau dapat tengok dengan jelas permandangan bandar Khatunex ni dan Sungai Nil berkembar tu. Awak tidak perlulah memanggil tuan puteri kepada saya, panggil Ramirah sahaja, cukuplah." Kata puteri merendah diri.
"Tapi tuan puteri, mengapakah tempoh hari, tuanku tidak mengaku sebagai puteri diraja bahkan menyata pula sebagai anak saudagar sahaja?"
"Beta tak mahu awak rasa rendah diri pulak... saya pun seorang manusia juga yang bernama wanita... "
"Dan tuan puteri adalah wanita tercantik... Secantik purnama di awan sana." Unjuk Zaman ke bulan yang sedang mengambang penuh. "Tetapi dimanakan burung pungguknya berada?" Tanya putera bersenda.
"Mungkin agaknya di celah dahan pohonan zaitu yang besar itu." Unjuk Zaman ke pohonan besar tepi taman.

Mereka begitu mesra seolah sudah bertahun kenal, sedangkan tidak sampai sebulan baru jumpa. "Wahai panglima, beta melihat awak berlainan sangat berbanding dengan rakan-rakan Desa Medani, adakah bonda awak seorang wanita Mesir, maafkan beta bertanya tentang hal yang amat peribadi." Pertanyaan tuan puteri itu amat berat untuk dijawab oleh Zaman, perlukah dia berterus-terang kerana Ramirah adalah keluarga raja yang telah merampas tahta ayahandanya.
"Sebenarnya saya cuma anak angkat kepada Penghulu Tata... Saya telah ditinggalkan oleh ayah kandung di kawasan Desa Medani... Dan kini saya cuba mencari saudara kandung saya sekiranya dua masih hidup..." Kata sedih Zaman menarik simpati Ramirah.
"Beta harap... Panglima akan berjumpa juga saudara itu... Suatu hari nanti." Ramirah juga menaruh harapan dihatinya juga berharap dapat juga bertemu dengan kekanda kandungnya.

Suasana malam menutup tirai, hari-hari seterusnya berlalu dengan acara lawatan diraja wakil raja ke serata wilayah Thebes termasuk ke bandar-bandar kecil dan kuil-kuil Mesir lama. Lawatan itu dikawal ketat oleh panglima-panglima yang baru dilantik itu memandangkan risiko serangan pemberontak sentiasa ada. Khados memerhatikan dari jauh dengan penuh kebencian.

Khados melaporkan secara mingguan kepada bonda dan nendanya di Kuil Agung Mesir. Ketika wakil raja Thebes itu sibuk dengan acara rasmi lawatan. Raves mengarahkan Khados untuk menghasut mana-mana ketua desa untuk memberontak menyerang ketumbukan kerajaan Thebes di peringkat daerah. Ketua desa itu digula-gulakan dengan jawatan pembesar negeri dan wang emas sekiranya mereka berjaya menawan kerajaan daerah. Khados berjaya menghasut ketua kampung di sebuah desa di pendalaman daerah Kaguwas. Pekan Kaguwas berjaya ditawan dan ramai yang terbunuh termasuk pegawai daerah. Seorang hulubalang daerah sengaja dilepaskan oleh Khados bagi memberitahu perkhabaran penawanan itu.

Hulubalang yang terselamat itu segera bergegas dengan menaiki sampan kecil ke Khatunex dan berjaya memberitahu Gabenor Thebes iaitu Orang Kaya Watta. Dengan segera Watta memanggil balik lawatan diraja untuk pulang ke Bandar Khatunex. Apabila rombongan puteri sampai di Khatunex, satu ketumbukan tentera wilayah telah bersedia untuk berangkat mengikut arahan panglima raja sahaja.

End puteri04

1

Bab 3 - Epik : Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan

Puteri 03


Kini tibalah masa untuk Puteri Ramirah turut serta menyertai acara pengembumian bondanya, acara istiadat penuh pengebumian permaisuri raja firaun dimulakan dengan perarakan kapal-kapal layar besar diraja bermula di bandar pelabuhan Kaheera memudiki Sungai Nil utama sehinggalah ke hulu Sungai Nil Biru. Walaupun upacara itu dijalankan dengan penuh adat-istiadat, namun raja firaun tidak menghadirinya cuma diwakili oleh Menteri adat-istiadat dan paderi-paderi kuil bawahan. Puteri Ramirah berusia sepuluh tahun ketika itu. Makam baginda permaisuri terletak di dalam sebuah bangunan menara di pinggir air terjun Tasik Putih itu. Pembinaan kuil menara bersempena kematian permaisuri itu mengambil masa 9 tahun dan 9 bulan untuk disiapkan kerana kesukaran lokasi tempat untuk dibina.

Ketika upacara istiadat pembacaan mantera pengebumian diraja dibaca berakhir, Ramirah berpeluang bersendirian dengan Maltinar yang akan menjadi penjaga makam diraja. Ketika itulah Maltinar berterus-terang memberitahu Ramirah segalanya tentang ayahanda kandungnya dan abang kandungnya yang masih hilang.

Ramirah agak terkejut dengan pemberitaan itu tetapi baginda tetap tabahkan hati kerana beliau menjadi pewaris sah kerajaan Mesir yang sebenarnya. Pesanan terakhir Maltinar kepada Ramirah agar mencari kekandanya yang mempunyai kesan tanda di badan di sebelah bawah dada kiri sama sepertinya dan barang-barang sakti sama seperti Ramirah dan apabila berjumpa semula mereka perlu datang ke makam bonda mereka itu.

Maltinar mengunjukkan barang-barang sakti yang perlu disimpan oleh Ramirah dan memerikan kucupan perpisahan di dahi tuan puteri itu. Dengan berat hati Ramirah berlayar pulang tanpa dayang pengasuhnya semenjak kecil. Dari kejauhan Ramirah dapat lihat kelibat Maltinar di jendera menara.

Sepuluh tahun telah berlalu, di istana agung Mesir, Ratu Raves masih membenci Puteri Ramirah dek kerana tuan puteri itu terbaik dari segenap segi. Baik disegi tingkah-laku dan paras rupa, gaya dan perangai amat disukai oleh orang sekelilingnya. Turut sama mengilai Puteri Ramirah termasuklah Putera Khados yang merupakan putera sulung Adex dan Ravez. Putera Khados adalah anak luar nikah mereka ketika hubungan asmara mereka di Lembah Merah dahulu. Khados sering menganggu Ramirah samaada di laman istana, kolam istana, taman bunga diraja dan sebagainya. Ramirah tidak melayan kerenah Khados itu dan tuan puteri amat benci dengan sepupunya itu dan menganggap putera sama kejam dengan bapanya juga.

Ravez juga amat tidak menyenangi akan perlakuan Khados yang begitu menyukai Puteri Ramirah maka itu, dia cuba menghasut Adex agar Ramirah ditempatkan jauh dari Istana Memphis. Ravez menyarankan penghantaran puteri dibuat melalui jalan darat menyamar sebagai rombongan khafilah dagang. Walhal Ravez mahu gunakan keadaan itu untuk memudahkan serangan dibuat kepada rombongan istana itu.

Di balairongseri istana utama diraja Mesir itu, Raja Adex mengeluarkan perintah kepada tuan Puteri Ramirah agar menjadi wakil kerajaan ke negeri Mesir Selatan. Dengan hati yang berat, tuan puteri menerima jua tugasan itu, lagipun baginda sudah bosan berada di bandar diraja yang penuh dengan kekejaman itu dan gelagat nakal sepupunya itu. Diwaktu yang sama, Ravez menyuruh puteranya Khados untuk menyerang dan menghapuskan tuan puteri, Khados berat hati untuk menerima titah bondanya tetapi dia mempunyai agenda lain di fikiran.

Manakala di Desa Medani, Penghulu Tata menyuruh Zaman dan rakan-rakannya pergi berburu harimau bintang di kawasan Gurun Nubia yang gersang itu. Zaman menurutkan perintah ayahanda angkatnya itu memandangkan bekalan dagangan kulit harimau begitu kurang di pasaran.

Angkatan rombongan wakil raja pun bertolaklah dari istana melalui jalan belakang. Rombongan itu akan mengambil masa 2 minggu untuk sampai ke bandar baru Khatunex berbanding dengan kapal layar cuma 5 hari.Mereka mengikuti jalan dagang di sepanjang pinggiran Sungsi Nil. Pelbagai permandangan bentuk muka bumi yang dilalui mereka, bermula dengan Delta Sungai Nil yang subur, kota-kota dan kuil-kuil purba Mesir dan padang pasir gersang. Bandar baru Khatunex terletak betul-betul di pertemuan Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.

Khados yang jahat bersama rakan-rakan sekutunya sudah menanti di kawasan Morewo yang terletak di antara perjalanan bandar baru Khatunex dengan padang pasir Nubia.

Manakala pada ketika yang sama, Zaman dan kawan-kawan sekampungnya sedang beristerihat di kawasan sungai sebelah satu lagi. Mereka telah pun berjaya menangkap kira-kira 10 ekor harimau dan sudah pun dilapah dan dijemur kulitnya. Kulit- kulit itu dijemur di kawasan lapang berhampiran sungai itu. Si Zaman pergi mengambilkan bekalan air untuk dimasukkan ke dalam beg uncang kulit kambing. Manakala rakan-rakan lain sedang berehat di tebingan sungai yang sangat landai.

Di tempat lain yang berhampiran dengan kumpulan Zaman itu , gerombolan pasukan tentera upahan hikzos pimpinan Khados mula menyerang hendap rombongan raja itu. Rombongan yang menyamar sebagai kafilah dagang hanya dikawal keselamatan oleh tentera berpangkat rendah yang kurang mahir, mudah sahaja dikalahkan. Namun baki pengiring raja yang masih ada berjuang bermati-matian mempertahankan Tuan Puteri Ramirah.

Khados dan pasukannya terus menjarah dengan rakusnya bagai dirasuk puaka. Pertempuran itu dapat didengar sayup-sayup oleh Zaman yang sedang mengambilkan air di tengah sungai cetek setinggi paras lutut sahaja. "Eh kawan! Kamu dengar tak... Bunyi macam orang bertempur jer."
"Aku tak dengar pun!" Sahut Mahua, Zaman bersegera ke tebing.
"Eh... Cuba kamu dengar baik-baik." Desak Zaman lagi.
"Kami tak dengarlah, Zaman." Jawab serentak 4 kawannya, Agola, Mahua, Jagu dan Manata.

Zaman selepas mendarat lantas menyujud ke tanah dan meletakkan kiri telinganya ke tanah. Zaman dapat mendengar isyarat bunyi pedang berlaga dan Zaman dapat mengagak arah pertempuran itu. Zaman terus berlari ke bukit tinggi berhampiran dan dia dapat lihat pertarungan itu berlangsung di satu kawasan liku sungai di sebelah tebing sungai itu. "Hei... Kawan, marilah tengok!" Ajak Zaman, rakannya bersegera ke tempatnya. Mereka turut sama terkejut besar dengan peristiwa yang tidak disangkakan itu.
"Nampaknya, sebuah kafilah dagang sedang diserang lanun darat..." Kata Agola.
"Kita mesti menolong mereka..." Kata tegas Zaman.
Mereka menuruni bukit itu dan bersegera menunggang kuda-kuda mereka bersama-sama senjata pemburuan mereka. Pasukan kecil dari Desa Medani itu tidak sedikit pun gentar untuk berdepan dengan 30 penyangak itu. Mereka pun tiba dan terus menyerang balas kumpulan yang disangka lanun darat itu.

Dengan masa yang singkat sahaja, pemuda Desa Medani berjaya mengurangkan bilangan penyangak yang akhirnya mereka berlawan satu lawan satu. Zaman berlawan dengan Khados dengan sengit sekali, penjahat yang cedera sudah pun cabut lari.

Puteri Ramirah memerhatikan daripada tirai pedati unta bersama dayang-dayangnya dalam keadaan ketakutan akan nasib mereka diserang lanun darat itu. Pertarungan 5 wira Medani terus sengit, sehinggalah Khados menempik agar kawanannya lari berundur. Maka dengan segera mereka cabut lari ketakutan.

Keadaan sudah selamat, semua penyangak telah meninggalkan rombongan kafilah itu. Pengawal pengiring yang masih selamat merawat rakan-rakan mereka yang cedera. Ketua kafilah yang mengetuai rombongan itu mengucapkan berbanyak terima kasih atas pertolongan wira-wira itu. Ramirah lantas keluar dari tandu unta bersama tiga dayangnya apabila berasa selamat. Baginda memperhatikan dari jauh kelibat 5 satria itu terutamanya Zaman.

Tugasan wira gagah tidak terhenti setakat itu saja, mereka turut menolong mengembumikan puluhan pengiring rombongan yang terbunuh. Hari sudah hampir senja, ketua kafilah meminta belas ehsan 5 wira itu untuk menjaga keselamatan rombongan sehingga sampai ke tempat yang lebih selamat, Zaman sebagai wakil rakannya bersetuju dengan sukarela untuk menjaga keselamatan tanpa sebarang upah bayaran.

Ketua kafilah memutuskan untuk bermalam sahaja di tempat itu memandangkan hari sudah lewat untuk perjalanan jauh, lagipun anggota rombongan teramat penat dan kesakitan untuk meneruskan perjalanan mereka itu. Maka mereka menyediakan khemah berlindung untuk bermalam dengan ditolongi oleh 5 wira itu. Manakala ahli rombongan wanita sibuk sekali menyediakan makan malam walau serba kekurangan.
Zaman dan rakannya akhirnya menyiapkan khemah berehat mereka sendiri. Dalam pada itu, hadir seorang gadis cantik mempelawa mereka untuk makan malam. "Saudara-saudara, silalah hadiri untuk jamuan makan malam kami."

Ketika makan malam itu, Puteri Ramirah sendiri menyelenggarakan hidangan dengan bantuan dayang-dayangnya walaupun ketua kafilah keberatan untuk membenarkan tuanku puteri melakukan tugasan hamba sahaya itu.
"Silalah makan wahai pahlawan-pahlawan perkasa..." Pelawa Ramirah sambil menghidangkan air rempah halba madu dengan ayam hutan panggang bersama roti lempeng keras.
"Terima kasih, cik..." Tegur Zaman.
"Saya Ramirah..." Jawabnya dengan senyum manis.
"Cantiknya nama awak secantik tuan empunya diri..." Puji Zaman
"Tuan hamba pula , apakah empunya nama?"
"Saya, Zaman anak Penghulu Tata dari Desa Medani... Panggil Zaman."
"Saya juga boleh panggil nama Mirah sahaja."
Mereka sama-sama senyum, rakan-rakan Zaman pun turut memperkenalkan diri masing-masing. Mereka pun makan bersama-sama. Selesai makan besar itu, dayang-dayang pengiring membuat persembahan hiburan berupakan tarian asyik diiringi dengan tiupan seruling dan gong. Dalam pada itu, Zaman dan Ramirah berada di satu tempat lain sedang berbual mesra sambil menyaksi gelagat rakan Zaman dan penari itu beraksi.

"Saudari yang cantik ni nak ke mana dikala esok?" Tanya Zaman.
"Kami nak pergi ke Kota Khatunex."
"Ohh... Kota Khatunex... Bandar baru di pertemuan sungai Nil Biru dan Nil Putih tu..."
"Iya..."
"Untuk tujuan apa tu?"Tanya hairan Zaman.
"Adalah sikit-sikit hal urusan keluarga, dan saudara Zaman ni, berada di kawasan atas urusan apa?"
"Saya dan kawan-kawan sedang berburu harimau bintang di kawasan gurun ini untuk barangan dagang kampung saya tu..."
"Ohh... Begitu ya..." Balas Ramirah dengan wajah berseri-seri gembira.

Persembahan hiburan berakhir, orang ramai mula bersurai dan berehat. Perbualan Zaman dan Mirah terhenti kerana seorang dayang pengiring datang, "Tuanku puteri, hari dah larut malam ni... Eloklah tuanku ke kamar, suasana luar ni dah sejuk ni. "
"Tak apalah Menex, kamu pergilah masuk khemah dahulu... Saya datang kemudian sikit." Dayang itu berlalu dan sesuatu menghairankan Zaman.
"Ehh... Awak anak raja ke?" Hairan Zaman.
"Tak adalah... Ayahanda saya seorang hartawan, suka sangat memanggil saya dengan gelaran tuan puteri... Kalau saya seorang puteri, takkan saya datang ke sini dengan kabilah berunta." Nafi Puteri Ramirah.
"Rasanya elok awak pergi rehatkan diri... Cuaca dah sejuk sangat ni." Suruh Zaman yang tidak selesa dengan gadis cantik yang ingin berada di sisinya. Ramirah pergi meninggalkan Zaman, setelah gadis itu memasuki khemahnya, Zaman bersegera menuju ke tempat rakan-rakannya berehat lalu dia merebahkan diri untuk tidur.

Dalam pada itu, Ramirah memerhatikan gelagat Zaman dari dalam khemah melalui tirai, dia tahu Zaman agak kurang selesa untuk tidur kerana kesejukan. Ramirah mengambilkan sehelai gebar dirajanya lantas dia pergi ke tempat Zaman berehat itu. Ramirah menyelimutkan tubuh jejaka itu lalu dia mengucup pipi kanan Zaman, ketika itu Zaman masih lagi belum tidur. Beliau terpinga-pinga dan hairan mengapakah si jelita itu berbuat demikian.

Keesokan harinya, rombongan kafilah itu meneruskan perjalanan manakala Zaman dan rakan-rakannya menyambung semula misi pemburuan kulit mereka. Dalam masa yang sama pasukan penyangak Khados yang masih ada berbaki itu telah sampai ke Istana Permaisuri. Khados mengadap bondanya, Ratu Ravez yang ketika itu bersama dengan kuncu-kuncunya sedang menonton gusti perlawanan kalah mati diantara banduan. Perlawanan itu berakhir dengan kematian ngeri salah seorang dari mereka. Mereka bertepuk keseronokan.

Khados bersembah, "Tuanku permaisuri, bonda tercinta. "
"Puteraku Khados, apa telah berlaku? Adakah kamu telah berjaya menghapuskan adinda tiri kamu itu."
"Tidak bonda, kami telah hampir menghapuskan rombongan itu tetapi sekumpulan pemuda tempatan telah masuk campur, ramai rakan anakanda telah terkorban."
"Ciss... Bedebah betul, ada yang datang menolong? Siapakah gerangan mereka itu?" Berang ratu.
"Khados tidak tahu, bonda... Habis apa yang perlu kita buat sekarang?"
"Kamu pergi ke Khatunex, intip Ramirah dan selidik siapakah kumpulan pemuda yang menolongnya itu, tahulah bonda apa nak buat nanti."
"Bonda nak buat macam mana?"
"Tahulah bonda hasut ayahanda kamu nanti... Bonda akan kata, mereka itu kumpulan pemberontak nak rampas kuasa."
"Baiklah bonda, Khados pergi dulu."

Khados meninggalkan bondanya, manakala ratu meneruskan perlawanan baru manusia itu. Di gelanggang gladium ibukota Memphis, Adex dan rakyat jelata yang sejiwa dengannya sama-sama menyaksikan perlawanan manusia dengan kuda bota yang lapar dan ganas itu.

Rombongan diraja Puteri Ramirah itu telah pun sampai di Bandar Kota Khatunex dan mereka terus ke Istana Gabenor bagi Wilayah Thebes yang baru. Orang Kaya Watta yang menjawat gelaran wakil raja untuk Wilayah Mesir Selatan menyambut kedatangan mereka dengan penuh acara gilang-gemilang. Beliau memberi ucapan pembukaan,
"Bersempena dengan ketibaan Tuanku Puteri ke bandar kota selatan Mesir ini, kami mengharapkan kehadiran naungan tuanku akan menambah makmur dan gemilang wilayah selatan ini, sebagaimana kita semua pernah rasainya 20 tahun dahulu ketika ayahanda saudara tuanku puteri , iaitu Raja Ramirez memerintah kami. Patik ucapkan berbanyak terima kasih kepada tuanku kerana kesudian tuanku mencemar duli untuk bersemayam di sini. Bagi pihak rakyat, kami mahu mengadakan festival kesyukuran bersempena ketibaan tuanku ke sini pada hujung minggu ini... Maka itu diharapkan Duli Tuanku akan sudi menerima persembahan yang tidak seberapa daripada semua rakyat dari ceruk rantau Wilayah Thebes ini. " Ucapan gabenor itu dibalas anggukan sudi dari tuan puteri.

Gabenor menyudahkan ucapan dengan menghadap sembah kepada raja dan kemudian berteriak, " Keagungan Tuanku Puteri !..." Beberapa kali dengan diselangi sorakan rakyat jelata bergema ke seluruh bandar baru itu.
Tuan puteri itu kemudian diarak dibawa ke Istana Kediaman wakil raja, apabila sampai disana puteri itu dapat bertemu dengan anak perempuan gabenor yang bernama Vinnia. Beberapa jam Puteri Ramirah berada di istana kediaman itu, beliau masih tidak ceria walaupun kemudahan di situ setanding dengan Istana Agong di ibu kota Memphis. Itu disedari oleh Vinnia lalu menegurnya, "Tuanku puteri... Mengapakah tuanku berduka dan termenung aje... Apakah ada yang patik semua lakukan tidak berkenan di hati tuanku?" Tanya Vinnia sedikit risau.

"Tidak... Tidak... Sebenarnya beta amat senang sekali berada di sini, kamu semua begitu baik kepada beta tetapi sebenarnya beta teringatkan seseorang... "
"Maafkan patik... Jika pertanyaan patik akan menyakiti hati tuanku..."
"Tidak mengapa, teruskan..."
"Siapakah gerangan... Yang tuanku terkenangkan itu?"

"Itulah seseorang yang beta baru kenali beberapa hari lalu... Dia seorang perwira yang sungguh perkasa telah menolong rombongan beta daripada serangan lanun darat."
"Tentu beliau seorang yang sangat hebat sehingga dapat menawan hati tuanku...." Puji Vinnia, Ramirah tersenyum sipu.
"Tidaklah Vinnia, hati beta senang sekali apabila bertemu dengannya, seolah sudahpun kenal sebelum ini... Wajahnya begitu mendamaikan hati beta..."
"Tentu sekali beliau tangkas dan hebat pabila berlawan dengan penyangak itu..."
"Iya Vinnia... Dia dan kawannya sungguh hebat berlawan dengan kumpulan penjahat itu... "

"Siapakah gerangan namanya, tuanku?"
"Namanya Zaman Anak Tata... Oh Vinnia... Kamu tahu di mana letaknya Desa Medani?"
"Mmm... Nanti patik... Fikirkan sekejap... Oh kawasan Desa Medani itu letaknya di pinggiran Sungai Nil Biru, kira-kira seharian perjalanan dengan perahu layar dari sini, kampung itu merupakan penempatan orang-orang Habsyar..."
"Maksud kamu... Orang berkulit hitam seperti orang Nubia?" Tanya hairan Ramirah.
"Iya tuanku, patik memang pasti akan hal itu..."

"Tetapi perwira itu mempunyai iras wajah orang Mesir asli walaupun agak gelap seakan kawan-kawannya yang lain."
"Tuanku yakin... Pemuda itu berketurunan Mesir?"
"Iya... Tapi aneh ya... Macam mana pemuda berdarah Mesir boleh berada di rantau terpencil daripada Nubia..." Keluh tuan puteri itu sendirian.

Manakala Zaman dan rakan-rakannya sudah pun sampai ke Desa Medani. Penghulu Tata baru sahaja menerima mengadap utusan daripada gabenor yang berpesan untuk mempersembahkan hadiah kepada wakil raja yang baru.

Penghulu Tata menerima anaknya mengadap, beliau berpuas hati dengan hasil tangkapan anak Desa Medani berburu di Gurun Nubia.
"Baguslah Zaman , kamu semua sudah selamat sampai daripada perburuan kamu... Sebenarnya ayahanda baru sahaja menerima perutusan daripada Tuan Gabenor yang berpesan kepada kita untuk menghantar persembahan hadiah untuk wakil raja. Ayahanda mahu kamu mewakili desa kita ni ke Bandar Khatunex hujung minggu ni."
"Baik ayahanda, saya akan pergi." Kata Zaman menurut perintah lantas berundur diri. Ketika itu , Penghulu Tata mempunyai sesuatu perkara untuk diberitahu kepada Zaman yang tergesa-gesa meninggalkan desa dengan berkuda.

Zaman sebenarnya bergegas untuk pergi menemui pak gurunya, Vaspara. Turut serta rakannya yang lain. Mereka sampai di satu bukit yang diberi nama Bukit Raul. Zaman dapat menemui mahagurunya dan dia bersegera memaklumkan apa yang telah terjadi sebelum ini. "Pak guru... Semasa kami pergi berburu tempoh hari, kami telah terserempak dengan satu kafilah dagang yang diserang oleh lanun darat... Kami berjaya menyelamatkan mereka..."
"Bagus-bagus, bapak berasa bangga kamu semua telah menggunakan ilmu perguruan kamu dengan baik sekali."
"Terima kasih pak guru kerana sudi mengajar kami semua..." Tambah Magua. Kelima mereka menyembah hormat kepada Vaspara.

Vaspara kemudian mengajak Zaman ke satu tempat bersunyian. Beliau berhajat untuk bercerita perkara sebenarnya yang telah berlaku sebelum ini. "Anakku Zaman..."
"Iya pak guru..."
"Percayakah kamu bahawa kamulah yang berhak memerintah bumi Mesir Bersatu ini."
"Tidak, tidak mungkin pak guru... Ayahanda saya cuma seorang penghulu "

"Kamu tidak tahu yang kamu cuma anak angkat kepada ayah kamu itu."
"Tidak benar... Pak guru katakan ia tidak benar sama sekali.. Ayahanda menyayangi saya sama seperti abang-abang saya... Tiada pilih kasih."
"Zaman, kamu sebenarnya adalah Putera Ramiezar , ayahanda kamu yang sebenar adalah Raja Ramirez, raja yang pernah memerintah Mesir Selatan ini." Tegas Vaspara sambil kedua tangannya memegang bahu Zaman yang sedang amat keliru dengan identitinya yang sebenar.
"Zaman, kamu percayalah pada pak guru... Salah satu tanda yang kamu ada adalah tanda parut tiga segi di bawah dada kiri kamu itu."
"Macam mana pak guru tahu?" Hairan Zaman kerana dia sentiasa berbaju ketika berguru dahulu. Zaman membukakan penyangkut pedang yang dipakai yang menutup badannya itu. Jelas kelihatan parut tiga segi di bawah dada kirinya.

Vaspara memegang loket emas tiga yang dipakai Zaman itu, "Dan loket inilah yang memberi tanda kepada parut kamu itu. Ada lagi satu benda lagi yang kamu patut ada... Sebuah kristal bentuk piramid kan."
"Macam mana pak guru tahu semua ini?..." Sambil Zaman mengeluarkan kristal itu daripada kundi kecilnya dan mengunjukkan kepada Vaspara.

"Terlalu panjang untuk dicerita pada kamu, sebelum ayahanda kamu dibunuh oleh ayahanda saudara kamu iaitu Raja Adex, beliau sendiri yang meletakkan kamu ke dalam sebuah bakul dan menghanyutkan kamu ke Sungai Nil Biru ini. Dia meminta aku untuk mengawasi kamu dari jauh sehinggalah kamu cukup dewasa untuk mengetahui kebenaran."
"Apa yang harus saya lakukan sekarang pak guru?"

"Kamu perlu mencari dimana adinda kandung kamu berada."
"Apa... Saya mempunyai seorang adik?"
"Iya... Dia juga mempunyai tanda parut seperti kamu dan barang-barang peribadi seperti mana kamu ada..."
"Dimanakah adik kandung saya berada sekarang, pak guru?"
"Kamu perlu pergi ke Bandar Kota Thebes, ke Istana Agung Firaun..."
"Apa yang perlu kami lakukan jika dah bertemu nanti?"
"Kamu berdua perlu pergi ke Tasik Syurga ke makam bonda kamu."
"Bonda kandung saya telah tiada?"
"Iya Zaman... Itulah kenyataan pahit yang perlu kamu tahu sekarang ini."
"Di makam bonda kamu nanti, kamu berdua perlu mencantumkan 2 kristal yang kamu ada..."
"Apa akan terjadi selepas itu..."
"Untuk seberapa ketika kamu akan dapat bersua-muka dengan jelmaan roh kedua orang tua kamu kemudian kamu akan mendapat perlindungan kebal dari kuasa sakti penunggu pergunungan salji tetapi ia hanya perlindungan sementara sahaja."

"Baiklah, pak guru... Saya akan cuba bersegera untuk mencari adik kandung saya di Kota Thebes..."
"Sebelum kamu pergi, kamu ambillah kuda putih pak guru..."
"Tidak payahlah pak guru... Saya sudahpun ada kuda sendiri... Menyusahkan pak guru aje..."
"Sebenarnya kuda itu adalah hak lahir kamu... Dan kuda putih itu sebenarnya adalah kuda bersayap dari Pergunungan Salji..." Terus-terang Vaspara yang memeningkan kepala Zaman.
"Tapi dimanakah sayapnya... Pak guru?" Pertanyaan Zaman seraya Vaspara mengambilkan satu tanduk unikorn dalam beg kecil lalu meletakkan ke kepala kuda lantas dalam tempoh sekejap sahaja kuda itu mengembangkan sayapnya.

"Wauu... Ajaibnya sekali pak guru." Kagum Zaman.
"Sesungguh ia untuk kamu, cantumkan tanduknya ketika kamu perlukan ia bersayap."
"Baik pak guru." Kata Zaman.

End puteri03

1